Isu Semasa

Khazanah Jual Prince Court Medical Centre Kepada IHH Healthcare

Khazanah jual PCMC pada IHH Healthcare dengan harga RM 1.02 bilion pada 17 September 2019. Sebelum itu, Khazanah membeli PCMC daripada PETRONAS dengan harga RM 1.086 bilion pada 22 Mac 2018.

Apa yang menjadi kemarahan kepada penjualan aset ini adalah pemilikan terbesar dalam IHH Healthcare bukan lagi pada Khazanah. Tetapi, pemilik terbesar IHH ialah Mitsui yang merupakan sebuah syarikat milik Jepun.

Sebelum penjualan saham sebanyak 16% kepada Mitsui pada 30 November 2018. Khazanah mempunyai pegangan terbesar dalam IHH dengan 42.02%. Manakala, Mitsui merupakan pemegang terbesar kedua dengan 16.92%.

Apabila Khazanah menjual pemilikan saham sebanyak 16% kepada syarikat milik Jepun itu. Pemilik saham terbesar sudah bertukar kepada Mitsui dengan pegangan sebanyak 32.92% dan Khazanah telah menjadi pemegang terbesar ke dua dengan pegangan sebanyak 26.04%.

Disebabkan pemegang terbesar IHH ialah syarikat Jepun ini. Maka, penjualan aset ini lebih kepada ‘menjual negara’ kepada Jepun. Cerita akan berbeza sekiranya IHH tidak menjual pegangannya sebanyak 16% kepada syarikat Jepun itu.

Untuk pemilikan GLIC dalam IHH adalah seperti berikut:
Khazanah via Pulau Memutik – 26.04%
KWSP – 6.88%
KWAP – 1.59%
PNB & ASNB – 5.47%

Khazanah memegang PCMC dari 22 Mac 2018 sehingga 17 September 2019. Harga pembelian sebanyak RM 1.086 billion manakala dijual kepada IHH sebanyak RM 1.02 billion. Secara kasarnya, Khazanah rugi sebanyak RM 66 juta daripada penjualan ini.

Tentu sekali, syarikat Jepun ini mendapat keuntungan apabila membeli PCMC pada harga yang rendah sebanyak RM 1.02 billion berbanding RM 1.086 billion.

Sumber
Malaysiakini. (2019, September 17). Khazanah sells Prince Court Medical Centre for RM 1.02b. Malaysia Kini News
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker