Kolumnis
Trending

Khazanah Jual Hotel 5 Bintang Di Singapura Berjumlah RM 1.44 Billion

Khazanah Nasional Berhad meneruskan lagi penjualan aset dengan menjual aset terbarunya iaitu sebuah hotel 5 bintang dengan harga S$475 juta atau kira-kira RM 1.44 billion. Anak syarikat yang dimiliki oleh Khazanah sebanyak 60%, M+S Pte Ltd menjual hotel tersebut kepada Hoi Hup Realty Ptte Ltd.

Harga yang dicatatkan merupakan harga yang tertinggi bagi satu transaksi hotel tunggal di Singapura. Jualan hotel itu juga merupakan harga ketiga tertinggi yang dicatatkan tahun ini di Asia.

Bacaan berkaitan: 11 Fakta Khazanah

“Harga S$ 475 juta yang tidak pernah dicatatkan sebelum ini adalah bukti kualiti Andaz Singapore dan pengalaman tiada tandingan yang ditawarkan kepada pelanggannya. Ia juga menunjukkan potensi pertumbuhan hotel itu seiring dengan evolusi berterusan daearh Bugis sebagai tambahan kepesatan Wilayah Pusat Perniagaan sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Kemmy Tan dalam kenyataannya.

Beliau berkata setelah menilai tawaran yang kukuh itu, pihaknya telah memutuskan transaksi yang dicadangkan tersebut akan membolehkan M+S memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham di samping menyerahkannya kepada pemaju terkemuka dalam Hoi Hup untuk memajukan lagi aset tersebut.

M+S ditubuhkan oleh Khazanah dan Temasek Holdings pada Jun 2011 untuk membangunkan Marina One dan Duo di tengah-tengah Singapura, akan terus dimiliki dan menguruskan aset di Marina One ke tahap optimum untuk pemegang sahamnya, katanya.

Bacaan berkaitan: Tujuan Asal Khazanah Ditubuhkan

Hyatt Hotel Corporation telah menguruskan Andaz Singapore pada tahun 2017 sebagai hotel Andaz yang pertama di Asia Tenggara. Hotel yang menjadi sebahagian penggunaan bercampur Duo, menawarkan pelbagai pilihan tempat makan, ruang paling atas bangunan dan dek tinjuau serta kemudahan mesyuarat premium.

Ia terletak di koridor Ophir-Rochor di Singapura, bersebelahan dengan kejiranan kebudayaan Kampong Glam dan mempunyai kesalinghubungan terus ke Stesen MRT Bugis.

Hoi Hup Realty ialah pemaju harta tanah terkemuka dengan pengalaman lebih 36 tahun dalam industry pembangunan hartanah.

Pengerusinya, Wong Swee Chun berkata: “kami tertarik dengan keunikan tawaran hotel mewah berkualiti tinggi ini selain kepentingan sejarahnya menjadi antara projek mercu tanda oleh M+S. Kami juga teruja dengan lokasi strategic hotel ini terletak di wilayah penting Beach Road dan Koridor Ophir Rochor.”

Beliau berkata Hoi Hupa mat yakin Andaz akan memenuhi potensinya menjadi antara hotel terkenal di Singapura.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker