Ad
Umum

Khazanah, IHH dan PrinceCourt. Apa Cerita Sebenar?

Khazanah beli Princecourt awal tahun lalu. Khazanah beli daripada anak syarikat Petronas iaitu Petronas Hartabina Sdn Bhd.

Nampak macam jual beli biasa sahaja kan? Tapi sebenarnya semasa Khazanah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Petronas Hartabina , Khazanah juga buat perjanjian bersyarat (term sheet agreement) dengan IHH. Dalam term sheet agreement itu tertulis IHH ada hak utama untuk membeli PrinceCourt.

Kenapa Khazanah buat macam tu?

Ad

Sebelum ini Khazanah adalah pemegang saham terbesar IHH melalui Pulau Mamutik Ventures. Khazanah tidak mahue IHH beli terus dan ubah semula sebab PCMC ini adalah sebuah hospital yang sedang dalam kerugian. Kalau IHH terus beli dan masukkan dia dalam buku IHH , laporan kewangan IHH akan menjadi tidak baik dan memberi kesan kepada nilaian saham IHH. Jadi Khazanah beli dahulu dan perbaiki semula PCMC .

Bila semuanya dah bertambah baik, barulah PCMC dimasukkan ke dalam IHH. Tahun ni PCMC dah pulih. Dah mula membuat keuntungan. Jadi Khazanah nak masukkan PCMC dalam buku IHH supaya IHH punya nilai semakin meningkat dan secara tidak lansung Khazanah juga yang akan memperolehi manfaat terbesar.

Benda ini tidak akan menjadi isu jika Khazanah masih lagi pemegang saham terbesar IHH.

Related Articles

Ini adalah poin utama keseluruhan transaksi ini jika Khazanah masih lagi pemegang saham terbesar IHH, Khazanah keluar duit dan perbaiki kedudukan PCMC kemudian IHH yang juga milik Khazanah bayar balik duit tersebut.

Masalah sekarang adalah Khazanah bukan lagi pemegang saham terbesar IHH.

Jadi keseluruhan transaksi jadi seperti ini: Khazanah keluar duit , perbaiki kedudukan PCMC. PCMC dah pulih, IHH beli dengan harga murah dan dapat nilainya tapi pemegang saham terbesar IHH sekarang ialah Mitsui. Mitsui merupakan penerima manfaat terbesar disini tanpa perlu melakukan kerja yang susah (perbaiki kedudukan PCMC)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button