EkonomiPolisi

Ketidakmatangan Kerajaan Dalam Hubungan Perdagangan Antarabangsa

Secara amnya, rundingan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) adalah kesepakatan perdagangan bebas yang terdiri daripada 10 negara anggota ASEAN (Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Laos, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Filipina) bersama dengan enam negara lain iaitu China, India, Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Gagasan perdagangan multilateral ini mula diperkenalkan ketika pertemuan kemuncak ASEAN ke-21 di Phnom Penh, Kemboja pada 18-20 November 2012 (the 21st ASEAN and Related Summits).

Antara tujuan utama penubuhan RCEP adalah untuk memperluas dan mengeratkan kerjasama ekonomi diantara negara-negara yang terlibat dengan kerangka ekonomi pasaran bebas di kawasan Asia-Pasifik. Dengan adanya kerjasama ini, diharapkan dapat memperkukuhkan hubungan ekonomi sesama anggota negara serta menguatkan lagi ekonomi negara masing-masing.

Setelah 7 tahun rundingan, fasa kali ini boleh dikatakan fasa terakhir untuk memuktamadkan perjanjian ekonomi ini.

Walaubagaimanapun, pada 20 September 2019, Datuk Darrell Leiking (Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa) telah menghantar surat kepada semua Menteri Ekonomi negara ASEAN yang terlibat bahawa perubahan pendirian Malaysia dalam hal ini pada saat-saat akhir.

Dalam surat tersebut, Datuk Darrell Leiking menyatakan bahawa kerajaan terpaksa ubah pendirian dalam rundingan RCEP kerana semenjak Pakatan Harapan menjadi kerajaan, banyak rombakan dan perubahan dari segi polisi dan undang-undang telah berlaku. Selain itu, komitmen antarabangsa yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini mungkin tidak sesuai dengan kerajaan hari ini, maka kerajaan perlu kaji semula pendiriannya dalam hal ini.

Hal ini telah mewujudkan reaksi yang negatif terhadap Malaysia. Memetik daripada akhbar TheStar,

“You don’t do this to friends in Asean. This is not the way we do things in Asean.

“The letter is naive and done in bad faith. What is Malaysia implying? That it has the right to change anything?” asked an Asean official.

Sumber : The Star

Tindakan YB Menteri telah menimbulkan tanda tanya sama ada keputusan yang dibuat ini telah merujuk pada yang pakar atau tidak ? Adakah hal ini telah dibentangkan kepada Perdana Menteri dan Kabinet Menteri ?

Ini kerana, apabila kita sudah bersolidariti dalam satu konsensus, lagi-lagi bersama negara seanggota ASEAN, kita tidak boleh sewenangnya untuk mengecewakan mereka.

Tindakan ini ibarat membuka pekung didada bila mana kerajaan hari ini menunjukkan ketidakmatangannya dalam menguruskan hubungan antarabangsa.

Memetik lagi dari akhbar The Star, Pegawai ASEAN menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan YB Menteri Perdagangan ;

“If you are the only country, what you do is you go with the consensus but you have a caveat that says you will not implement this commitment in the short term but will review this position in how many years, ”


“You don’t break the consensus and ask for delayed implementation. Malaysia stating its change of position clearly shows a lack of skills in negotiations.


“This letter signals that you are thoroughly backtracking. You have no idea of Asean solidarity, you have no appreciation of Asean solidarity. You have arrived at a consensus, this is the last meeting, you don’t do this.


“If you want to do something like this, you call your friends and in this case your fellow ministers and talk to them. That is the problem when you don’t, ” he added.

Sumber : The Star

Reputasi Malaysia sebagai peneraju dalam hubungan perdagangan diperingkat ASEAN sedikit tercalar dek tindakan sebegini.

Sebelum ini Malaysia antara negara yang mengungguli dari segi kemasukan pelaburan asing berbanding negara CMLV (Cambodia, Myanmar, Laos, Vietnam). Tapi hari ini, Malaysia agak terkebelakang jika dibandingkan dengan Vietnam.

Dengan kejadian yang tidak matang ini, kita bimbang ia bakal menjejaskan lagi kedudukan Malaysia diperingkat antarabangsa, Asia secara khususnnya.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker