Ad
Komentar

Kesilapan Menteri Pengangkutan Dalam Isu E-hailing

Legalisasikan E-Hailing memang tidak dapat dielakkan. Tapi masanya perlulah fleksibel dan munasabah.

Ye betul perancangan untuk “paksa” pemandu e-hailing dapatkan lesen PSV dari tahun lepas, tapi kelas dan ujian cuma bermula April tahun ni. Dan penguatkuasa undang-undang e-hailing pula berkuatkuasa esok. Tolak hari raya, Nuzul Quran, cuma ada 100 hari untuk pemandu mendaftarkan diri.

Menurut artikel Cilisos , ada 300,000 pemandu e-hailing. 300 ribu dalam masa 100 hari. Purata untuk pendaftaran adalah 3,000 setiap hari. Tapi kalau baca artikel tu, paling banyak kelasadalah 2 kali seminggu, tapi untuk pusat utama sahaja. Pusat-pusat lain pula seminggu sekali malah ada yang cuma sekali atau kali dua sebulan! Tak tahu matematik mana Anthony Loke guna kalau dia rasa kesemua driver boleh daftarkan diri.

Ad

Tapi matematik dia memang gagal pun. Sebelum ni Anthony Loke bercakap sebahagian besar 62% daripada yang ambil test lulus PSV. Tapi bila baca balik jumlah sebenar adalah 10,000 daripada 16,000. Baru 5% daripada jumlah pemandu yang mendaftar dan cuma 3% yang lulus. Nasib baik dia bukan Menteri Kewangan.

Dahlah bongkak. Cakap pemandu Grab mampu meraih ribuan setiap bulan takkan tak boleh bayar PSV. Ni la contoh menteri tak ada empati. Berapa ramai yang menerima pendapatan ribuan tu? Dan perkiraan untung bersih pun jauh dari itu. Driver perlu bayar komisen 20%-25% kepada Grab. Rule of thumb, 20% kepada minyak, tambah 5%-10% wear and tear, pemandu cuma dapat separuh daripada jumlah tambang. Lagi sekali, nasib baik Anthony Loke ini bukan Menteri Kewangan.

Dan pada surat khabar yang sama, dia cakap pemandu teksi menekannnya. Jadi? Pasal AES, eh AWAS dia boleh cakap “I don’t care”, kenapa tunduk pada tuntutan teksi? Kalau tarikh akhir pendaftaran dia bertegas tak nak anjak walaupun perkiraan tu mustahil untuk mendaftarkan kesemua driver, kenapa dia tak boleh bertegas dengan pemandu teksi ?

Related Articles

Dan dia boleh pula cakap dia tak jangka pelaksanaan PSV ni akan menaikkan tambang e-hailing. Rule of supply and demand dah memang kelaut. Again, be grateful he’s not our Finance Minister.

Keadilan bukan bermakna kesamarataan. Sekarang ni Revolusi Industri Ke-4, Ekonomi Gig. Part Time E-Hailer ni termasuklah dalam komponen ekonomi gig. Walaupun undang-undang untuk menghalalkan industri e-hailing ni penting, tak sepatutnya kesemua pemandu perlu adhere dengan undang-undang teksi. You as the government of the day should have considered that. Berbincang la dengan stakeholders dulu apa yang sesuai. Semua e-hailing stakeholders pun terkesima tengok undang-undang ini. Dan ada pemandu e-hailing beritahu walaupun ujian semua telah dibuat, keputusan masih lagi belum keluar.

Sekarang Grab dah bagi peringatan bahawa tambang dijangka akan lebih tinggi dan nasihat supaya pesan Grab lebih awal. Ingat lagi tak Rahman Dahlan pernah got taken out of context “Kalau tak nak bayar tol, bangun awal,” dan beliau dikecam? So we shouldn’t spare Anthony Loke!

Ditulis oleh: Yahya Imran

Source
HERE’S WHY HALF OF KL’S E-HAILING DRIVERS MIGHT BE DISAPPEARING TOMORROW62% passing rate for PSV test, says Anthony LokeLoke: No giving in to Grab drivers Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/12/01/loke-no-giving-in-to-grab-drivers/#x88w3UcR46LVuIK6.99PSV license will not cause sudden change to e-hailing fare – Loke

M2C

Menyajikan artikel dan ulasan terkini isu-isu kewangan, perbankan, perniagaan, polisi dan teknologi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button