Ekonomi

Kesihatan Bayi Dalam Skop Ekonomik

Apabila bercakap tentang kelahiran, tentu sekali kos yang memainkan pelbagai rentakan di fikiran. Bagi Malaysia yang direzekikan penjagaan kesihatan universal sekalipun, kos tetap menjadi persoalan dan pertikaian. Cuma bukan para keluarga yang perlu risaukan tentangnya. Sungguhpun begitu, purata kos kelahiran di hospital-hospital kerajaan berada pada lingkungan RM100 untuk SVD. Selebihnya ditanggung kerajaan yang perlu fikirkan bagaimana untuk mendapatkan dana bagi purata 2.04 kelahiran setiap wanita.

Sungguhpun pelbagai kos terlibat, kelahiran bayi tetap mempunyai faktor ekonomik. Malaysia tidak pernah rugi kerana menanggung 95%-99% kos kelahiran. Kewangan negara berfungsi secara berbeza. Walaupun perlu membiayai ribuan ringgit untuk menampung kelahiran, kos ini boleh dikutip semula menggunakan percukaian rapi daripada faktor-faktor berkait. Bayaran bertahun untuk susu formula, lampin pakai buang dan juga pakaian anak mempunyai cebisan-cebisan yang akan diserahkan kepada perbendaharaan negara.

Sekalipun cukai tambah nilai (VAT) tidak dikenakan, syarikat berkait masih lagi perlu membayar cukai keuntungan kepada negara. Tumbesaran bayi pun memainkan peranan. Semakin lanjut usia, semakin banyak susu, lampin dan tukaran pakaian diperlukan. Namun perkara tersebut mempunyai sifat meluas. Di Amerika Syarikat, sebanyak AS$12,500 dianggarkan wajib untuk menampung kos penjagaan bayi hanya dalam tahun pertama sahaja (USDA, 2010).

Menyedari realiti ini, setiap keluarga amat memerlukan penyertaan para ibu dalam tenaga kerja negara. Dengan wanita perlu bekerja, negara sekali lagi mendapat keuntungan secara tidak langsung. Produktiviti negara bertambah, sekaligus bererti syarikat (dan kadangkala individu) perlu membayar cukai. Bahawasanya wanita merupakan penjamin utama bagi kewangan keluarga (Boushey & Vaghul, 2016).

Disebabkan perkara ini juga syarikat dilihat tidak begitu asyik untuk mengambil wanita sebagai pekerja. Ini kerana tanggungjawab sosial korporat mewajibkan mereka untuk berlaku empati terhadap para wanita yang baru melahirkan anak. Antaranya ialah kehilangan sumber tenaga apabila wanita melahirkan anak dan memerlukan cuti bersalin. Terdapat juga situasi dimana para ibu ibaratkan ditampar dengan penaliti bersalin pun iaitu pemotongan gaji (Budig, 2012). Cuti sebegini memberikan para lelaki kelebihan untuk memanjat tangga karier. Namun kenaikan gaji bagi lelaki sebenarnya bersifat realiti. Situasi dimana para ibu dikenakan penalti itu pula berbeza sifatnya.

Sebarang kekurangan dari segi gaji ibu bapa selepas kelahiran anak boleh memberikan impak yang besar. Dalam situasi dimana duit menentukan antara sihat dan sakit, pemotongan gaji tidak sama sekali boleh berlaku. Bayi keluarga miskin mempunyai risiko tinggi untuk dilahirkan sebelum tarikh EDD. Kesan kelahiran sebegini sangatlah besar, kerana melibatkan tumbesaran fizikal, pembelajaran, kemahiran berkomunikasi dan penjagaan diri. Dikatakan kemiskinan memberikan risiko lebih dahsyat kepada kandungan berbanding usia (Cohen, 2012).

Ibu bapa tunggal merupakan antara yang paling terdedah kepada risiko bahaya. Ketiadaan sokongan daripada kekasih menyebabkan ramai dalam kalangan wanita mengharapkan sokongan awam seperti Program Bantuan Nutrisi Tambahan, Kredit Cukai Pendapatan dan Kredit Cukai Anak. Malaysia turut mempunyai bantuan-bantuan dibawah bidangkuasa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Dibawah jenis bantuan BKK, seorang ibu tunggal miskin boleh mendapat sokongan RM100 sebulan bagi seorang anak secara minima. Kadar maksimum ilah RM450 sekeluarga melebihi empat orang anak. Sebagai sokongan, Kedah juga mengambil peranan untuk kurangkan bebanan 4,500+ ibu berpendapatan rendah.

Sementara bantuan-bantuan sebegini membantu, jaringan mereka tidaklah meluas kerana bebanan kewangan terikat kepada keperluan semasa. Ibu-ibu berpendidikan rendah, apatah lagi tunggal, didapati kembali bekerja pada kadar lebih pantas berbanding ibu-ibu berkahwin atau berpendidikan (Ansel, 2016). Perkara sebegini acapkali menyerang kestabilan mental para ibu, yakni mencetuskan kemurungan. Suatu lagi bayi juga dipercayai bakal diserang penyakit oleh kerana kekurangan imunisasi angkara kesibukan kerja ibu.

Disini jelas bahawa kelahiran seorang bayi itu sendiri akan mengubah landskap kekeluargaan untuk lebih giat dan aktif. Tangisan kelaparan dan ketidakselesaan angkara najis, setiap satu saat, memainkan peranan dalam ekonomi negara secara khusus. Dalam hujah sedemikian, para ibu bapa seharusnya menunda kelahiran selambat mungkin berdasarkan piawaian kesihatan dan kewangan sendiri.

Sumber
Ansel, B. (2016, October 06). The economics of having childrenBoushey, H., & Vaghul, K. (2016, April 4). Women have made the difference for family economic securityBudig, M. J. (2012). Parenthood and the Gender Gap in Pay. The Fatherhood Bonus and Motherhood PenaltyBoushey, H., & Vaghul, K. (2016, April 4). Women have made the difference for family economic security
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker