Isu Semasa

Kereta Nasional Ketiga Tidak Guna Wang Kerajaan?

Siapakah yang akan memberi dana kepada syarikat ini?

Sebelum ini, sudah berkali-kali kerajaan memberitahu kepada rakyat bahawa projek kereta nasional ketiga ini tidak akan melibatkan wang peruntukkan daripada kerajaan. Tapi benarkah perkara ini?

Berdasarkan dapatan terbaru daripada coretan ahli parlimen pembangkang, Wee Ka Siong di Facebooknya, syarikat yang menerajui projek kereta nasional ketiga, DreamEDGE adalahsyarikat milik kerajaan secara tidak lansung.

Pemegang saham terbesar syarikat DreamEDGE ada Venturetech Sdn Bhd yang mana Venturetech ini adalah 100% milik MIGHT.

MIGHT ini pula hak milik siapa? Ia adalah 100% hak milik kerajaan Malaysia. Berdasarkan rekod kewangan terkini, syarikat ini mencatatkan pendapatan RM20 juta sahaja namun syarikat ini masih lagi dalam kerugian setakat 2018.

Apakah syarikat ini mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh bagi melaksanakan projek kereta nasional ketiga yang mungkin menelan puluhan juta Ringgit malah boleh mencecah sehingga berbilion Ringgit?

Siapakah yang akan memberi dana kepada syarikat ini? Adakah dananya nanti akan datang daripada pihak kerajaan memandang syarikat ini adalah hak milik kerajaan Malaysia?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker