Berita

Kereta Nasional Akan Dilancar Mac 2021

Akhirnya penantian tentang pengumuman kereta nasional ketiga berakhir selepas sidang media bersama Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking sebentar tadi.

Berikut adalah pautan berita daripada Utusan Online.

CYBERJAYA 9 Ogos – Malaysia akan melancarkan sebuah kereta nasional yang dilengkapi sistem hybrid dan teknologi baharu pada Mac 2021.

Menteri Perdangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking berkata, pembangunan kereta itu akan diterajui oleh sebuah syarikat tempatan, DreamEdge dengan model prototaip pertama dijangka siap pada Mac 2020.

Katanya lagi, pembangunan kereta itu dibiayai oleh dana swasta dengan tanpa melibatkan sebarang peruntukan daripada kerajaan.

“DreamEdge akan berkerjasama dengan sebuah syarikat Jepun iaitu Daihatsu dalam aspek perkongsian teknologi dan kemajuan terhadap pembangunan kereta national ini.

“Kereta ini dijangka dilengkapi teknologi baharu dan paling penting adalah mampu milik,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman kereta national di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker