Berita

Kerajaan Tidak Akan Selamatkan DreamEDGE Sekiranya Protiga Gagal

ini kerana projek itu adalah inisiatif swasta, bukan oleh kerajaan.

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Kerajaan tidak akan menyelamatkan DreamEDGE Sdn Bhd, syarikat utama yang membangunkan projek kereta nasional ketiga, sekiranya ia gagal, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. 

Menterinya Datuk Darell Leiking berkata ini kerana projek itu adalah inisiatif swasta, bukan oleh kerajaan.

“Kami (kerajaan) hanya menyokong ekosistem dan ini adalah satu usaha yang baik yang boleh berjaya.

“Jika sekiranya gagal, ia adalah kegagalan pengurusan…kegagalan produk. Tetapi dalam hal ini, produk adalah jelas dan mereka dapat bekerjasama dengan teknologi Jepun dan yakin dengannya. Jadi mengapa kita perlu menyekatnya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Darell juga berkata DreamEDGE telah memberikan jaminan bahawa ia tidak akan meminta pembiayaan daripada kerajaan.

“Itulah sebabnya mengapa kami menyokong projek itu, untuk memberi tahu orang ramai bahawa kami percaya dengan syarikat ini, sama seperti kami percaya dengan kebanyakan syarikat yang menjalankan perniagaan hari ini.. 

“Jika mereka meminta wang, kami tidak akan menyokongnya,” katanya.

Apabila ditanya mengapa ia dinamakan projek kereta nasional sedangkan ia adalah inisiatif swasta, Darell menjelaskan bahawa di bawah cadangan Dasar Automotif Nasional baharu, kereta nasional kini ditakrifkan sebagai kereta yang dibina di Malaysia oleh syarikat Malaysia yang menggunakan 90 peratus atau lebih tenaga kerja tempatan.

“Kami (kerajaan) membangunkan negara sedikit demi sedikit. Kami sedang berusaha memastikan rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif swasta itu, peluang pekerjaan diwujudkan dan teknologi baharu di bangunkan. 

“Di bawah pengawasan kami, kami tidak akan memberikan dengan mudah insentif seperti insentif cukai, melainkan syarikat-syarikat layak mendapatnya, sama ada ia milik tempatan atau antarabangsa,” katanya. 

Tags
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker