Ad
Berita

Kerajaan Terpaksa Semak Semula Skim Persaraan Penjawat Awam

Dalam sidang parlimen baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Mahathir ada mengatakan bahawa kerajaan terpaksa menyemak semula skim persaraan bagi penjawat awam oleh kerana kenaikan kos dan kemampuan kewangan yang terhad.

“Bayaran pencen terus meningkat. Pada 2018, jumlah keseluruhan adalah RM23.87 bilion berbanding hanya RM5.86 bilion pada 2006”, kata beliau dalam Dewan Rakyat.

Tambahan beliau, jumlah ini akan terus meningkat saban tahun. Ditambah lagi dengan kenaikan gaji yang dibuat oleh kerajaan sebelum ini meningkatkan lagi liabiliti kerajaan hari ini.

Ad

“Kita seharusnya tidak memberi lebih daripada kemampuan kita jika kita tidak mahu terus dibelenggu dengan hutang yang banyak. Jika tidak, ia akan membawa kepada masalah kewangan negara pada masa akan datang’ kata beliau.

Walaubagaimanapun, beliau memastikan bahawa mereka yang memang berada dalam skim sedia ada akan diteruskan dan mereka yang baru dilantik sahaja akan dikenakan skim baru yang bakal diperkenalkan.

Menurut Datuk Seri Borhan Dolah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum ini ada mengatakan bahawa skim baru itu bakal diperkenalkan bermula pada awal tahun depan.

Baca : Kenapa Perlu Kaji Semula Skim Pencen Penjawat Awam ?

Selain itu, Tun Mahathir juga menambah, kerajaan perlu menggalakkan rakyat untuk cari kerja dan menggunakan peluang dalam sektor swasta serta menjalankan perniagaan sendiri.

Sumber : The Sun Daily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button