Ad
Umum

Kerajaan Terdahulu Hilang RM 150 billion – LGE

Minggu lepas, Lim Guan Eng berdolak dalih bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mampu membayar royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak sebanyak 20% seperti dijanjikan dalam manifesto Pakatan harapan. Selepas itu, LGE menuduh kerajaan dulu telah menurunkan legasi hutang sebanyak RM 150 billion kepada kerajaan sekarang. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, kerajaan sekarang pasti tidak akan melengah-lengahkan bayaran royalti petroleum kepada dua negeri terbabit.

LGE menyenaraikan 4 perkara dalam kehilangan RM 150 billion ini:
1. 1MDB – RM 52 billion
2. Tabung Haji – RM 17 billion
3. FELDA – RM 6 billion
4. Baikpulih bangunan kerajaan – RM 75 billion

Sejujurnya, saya tak tahu dan tak dapat cari mana LGE petik angka-angka yang dia sebutkan. Tapi, tak apalah. Saya pun ada kajian yang saya buat untuk badan-badan yang dia petik.

Ad

Pertama sekali, LGE menyatakan 1MDB merupakan punca utama kerana menyebabkan kerajaan kehilangan sebanyak RM 52 billion. Jika dirujuk dalam sumber Kementerian Kewangan Malaysia, 1MDB mempunyai hutang prinsipal sebanyak RM 32.2 billion pada akhir 2018.

Kerajaan hanya menjamin satu sahaja sukuk yang bernilai RM 5.0 billion diterbitkan oleh 1MDB dengan kadar 5.75% setiap tahun. Manakala, 1MDB Energy Ltd dan 1MDB Energy (Langat) masing-masing menerbitkan bon daripada Goldman Sachs sebanyak RM 7.3 billion. Disamping itu, 1MDB menerbitkan bon global daripada Goldman Sachs juga dengan nilai RM 12.6 billion. Keseluruhannya, 1MDB mempunyai hutang prinsipal terkumpul sebanyak RM 32.2 billion bukannya RM 52 billion seperti didakwa oleh LGE.

Kedua, Tabung Haji kehilangan sebanyak RM 17 billion. Menurut Laporan Tahunan Tabung Haji 2017, Tabung Haji mempunyai aset terkumpul sebanyak RM 133 billion dan liabiliti sebanyak RM 61 billion. Dalam laporan tersebut, tiada nilai sebanyak RM 17 billion seperti yang didakwa oleh LGE. Mana dia dapat nilai ini?

Ketiga pula ialah FELDA, katanya FELDA kerugian sebanyak RM 6 billion akibat ‘mismanagement’ kerajaan lepas. Tak apa, setelah merujuk dalam Kertas Putih FELDA yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. FELDA mempunyai liabiliti sebanyak RM 14.4 billion. Namun, kita perlu faham asas perakaunan bahawa nilai asset mesti diimbangi dengan nilai liabiliti dan ekuiti. Formula mudahnya.

Asset = Liabiliti + Ekuiti

Tak apalah. Untuk FELDA, kita pergi teknikal sikit. Kita bandingkan asset semasa dan liabiliti semasa yang FELDA ada pada waktu ini.

‘Aset semasa’ bermaksud aset yang boleh ditukarkan pada tunai. Contoh seperti tunai dan saham. Manakala, ‘liabiliti semasa’ bermaksud bayaran atau hutang yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun.

FELDA mempunyai asset semasa sebanyak RM 4.3 billion dan liabiliti semasa sebanyak RM 4.3 billion. Justeru, FELDA berkemampuan untuk membayar semula liabiliti pada tahun ini tanpa ada masalah.

FELDA mempunyai masalah aliran tunai dan perkara ini dapat diselesaikan dengan menjual aset-aset tidak strategik dan membuat pinjaman/hutang baru untuk membiayai hutang yang lama. Apa yang FELDA harus buat pada waktu ini adalah memastikan harga minyak sawit mentah (CPO) berada pada paras tertinggi. Kerajaan Malaysia sepatutnya mempromosikan standard RSPO ke Eropah supaya mereka tahu minyak kelapa sawit Malaysia selamat digunakan dan tidak memusnahkan habitat flora dan fauna.

Tapi, Teresa Kok Menteri Industri Utama memboikot barangan-barangan Eropah. Tindakan ini diikuti oleh Armada PPBM.

Keempat pula, LGE menuduh kerajaan membelanjakan RM 75 billion untuk membaikpulih bangunan kerajaan. Sejujurnya, nilai ini tidak pasti dari mana dipetik oleh LGE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button