Berita

Kerajaan Tanggung Rugi RM10.3B, Salah Siapa?

Kerajaan telah melaksanakan pelan rejuvenasi (kononnya) untuk Tabung Haji (TH) dengan menubuhkan syarikat bertujuan khusus SPV iaitu Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) dibawah Kementerian Kewangan.

Semalam, UJSB mengumumkan bahawa kerajaan terpaksa tanggung kos perbezaan pengurangan nilai aset Tabung Haji yang dialihkan ke UJSB sebanyak RM10.3 bilion. Nilai asal yang dipersetujui adalah RM19.9 bilion. Namun nilai pasaran aset tersebut susut kepada RM9.6 bilion semasa proses peralihan berlangsung.

Baca : Aset Tabung Haji Dipindahkan Ke SPV

Antara aset yang hangat diperbincangkan adalah tanah TRX yang telah dibeli oleh TH melalui anak syarikatnya iaitu TH properties (THP). THP telah beli tanah TRX pada nilai RM 188 juta, selepas diskaun 3% di bawah harga pasaran RM 194 juta.

Ketika itu, TH umumkan bahawa anak syarikat mereka iaitu syarikat pembinaan TH Property Sdn Bhd akan membangunkan hartanah tersebut dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM900 juta dan memberi keuntunggan beratus juta kepada TH.

Memetik daripada TheEdge, tanah itu kini bernilai sebanyak RM205 juta.

In a recent valuation exercise conducted in March 2019, the market value of the said TRX land stood at only RM205 million.

Nilaian ini adalah sangat jauh berbanding dengan nilai premium yang dibeli oleh UJSB iaitu sebanyak RM400 juta.

Asal tujuan THP untuk beli tanah ini adalah untuk membangunkan service apartment 40 tingkat bersamaan dengan pembangunan komersil.

Namun, selepas pemindahan aset, halatuju SPV ini masih tidak jelas. Adakah tujuan asal pembangunan ini diteruskan? Memandangkan tanah ini masih tidak dibangunkan, pastinya belum ada lagi hasil pendapatan. Apa perancangan UJSB untuk tanah ini? Adakah nak tunggu nilai tanah naik jadi RM400 juta dan jual semula?

Jika tiada apa-apa pelan tindakan yang diambil, kerajaan akan terus menanggung rugi disebabkan pengecutan nilai aset. Tambahan dengan pasaran ekonomi yang tidak menentu.

Sebelum ini, alasan yang digunakan untuk menubuhkan SPV adalah untuk menampung kerugian. Bagaimana pula kerugian yang akan berlaku pada masa akan datang? Adakah alasan salah kerajaan lama pula yang akan digunakan? Sama-sama kita nantikan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker