Polisi

Kerajaan Tambah Hutang RM43 Bilion Beli 15 Lebuhraya

1. Pagi tadi telah dilaporkan bahawa kerajaan sedang bercadang untuk ‘membeli’ 15 jajaran lebuhraya dengan harga RM43 Bilion yang akan dibayar melalui terbitan kertas hutang kepada para konsesi.

2. Di antara syarikat konsesi jajaran lebuhraya yang akan diambil alih kerajaan adalah:
– PLUS Malaysia Sdn Bhd’s – RM30.8 billion
– Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas)- RM3.1 billion
– Gamuda Sdn Bhd – RM5.6 billion 
– IJM Corp Bhd -RM2.7 billion.

3. Selepas kesemua konsesi bersetuju dengan nilaian yang ditawarkan oleh kerajaan, Khazanah Nasional Bhd melalui sebuah special purpose vehicle (SPV) yang dipanggil Highway Trust akan menerbitkan kertas-kertas hutang berbentuk perpetual debt papers, iaitu sejenis bon yang tidak memiliki tarikh matang, yang mana pemegangnya akan memperolehi bayaran kupon/dividen selagi mana mereka tidak menebus kertas hutang tersebut.

4. Di katakan, akan ada dua terbitan yang akan diterbitkan iaitu Paper A yang bernilai RM30.1 billion dan Paper B yang bernilai RM12.7 billion.

5. Paper B akan dterbitkan dengan jaminan kerajaan manakala bagi Paper A akan diterbitkan secara tunai berjumlah RM10 Bilion dengan carry on coupon value sebanyak RM1.6 billion. Ini bermakna SPV akan membeli konsesi-konsesi tersebut dengan transaksi tunai sebanyak RM10 billion dan RM20.1 billion secara berhutang.

6. Dengan dengan langkah ini, kerajaan berharap untuk tidak akan terbeban untuk menanggung hutang sebanyak RM43 billion secara sekaligus, kecuali jika kerajaan bertindak untuk mengambil terus konsesi ini secara concession buyout.

7. Kerajaan berpendapat dengan cadangan SPV ini, kos bagi kerajaan hanyalah membayar kadar kupon kepada pemegangnya dan juga menguruskan lebuhraya-lebuhraya berkenaan. Kerajaan juga mempunyai pilihan untuk menebus kertas hutang tersebut pada masa hadapan jika perlu.

8. Untuk rekod, pada Jun lepas telah dilaporkan bahawa kerajaan telah menawarkan kepada GAMUDA dan, LITRAK untuk membeli 4 syarikat jajaran lebuhraya yang dimiliki oleh konsesi-konsesi berkenaan pada awal Februari dengan tawaran harga setinggi RM6.2 Bilion yang mana sehingga hari ini belum ada apa-apa berita walhal tawaran berkenaan sepatutnya dimuktamadkan pada hujung bulan ini.

9. Dijangkakan dengan langkah ini pengguna jalanraya akan menjimatkan sehingga 45% kadar tol yang perlu dibayar dari masa ke semasa, sehinggalah jalan-jalan bertol menjadi percuma sepenuhnya pada tahun 2038.

P/s: SPV tu masuk bawah contingent liabilities tak agaknya? Dulu ramai sembang ‘BN’ buat off budgetting bagai thru SPV. Ni tak sampai setahun dah 2 SPV buat ni..apa cer??

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker