Umum

Kerajaan Negeri Johor Mahu Menjual KFC

Johor Corporation merupakan sebuah syarikat pelaburan negeri Johor. Kiranya Johor Corp ini macam GLIC untuk negeri Johor. Paling mudah untuk dibuat perbandingan, Johor Corp ini ibarat Khazanah Nasional.

Bloomberg melaporkan bahawa kerajaan ingin menjual KFC kepada pelabur dengan harga sebanyak RM 6.0 billion.

Persoalannya kenapa nak jual KFC sedangkan KFC banyak mencatatkan keuntungan.

Johor Corp mempunyai pegangan sebanyak 56% dalam QSR. QSR menjalankan operasi perniagaan KFC dan Pizza Hut di Malaysia, Singapura, Kemboja dan Brunei.

Terdapat 713 francais francais KFC di Malaysia dan 86 buah francais KFC di Singapura. Jangkaan sebanyak 44 buah KFC lagi akan dibina. Itu belum kira yang ada di Brunei dan Kemboja.

KFC mencatatkan peningkatan hasil sebanyak RM 4.17 billion pada tahun 2018 daripada RM 3.17 billion pada tahun 2017.KFC mencatatkan transaksi purata sebanyak RM 8.59 juta setiap hari dan RM 347 juta setiap bulan.

KFC pula diletakkan dibawah syarikat QSR Brands (M) Holdings Bhd.

QSR mempunyai jumlah aset sebanyak RM 4.997 billion dengan aset bersih sebanyak RM 2.474 billion.

Hasil QSR meningkat sebanyak RM 4.607 billion pada tahun 2018 berbanding RM 4.507 billion pada tahun 2017.

Keuntungan QSR pada tahun 2018 adalah RM 192 juta meningkat daripada RM 171 juta pada tahun 2017.

Persoalannya, kenapa KFC ini dikhabarkan ingin dijual sedangkan mencatatkan peningkatan dalam hasil dan keuntungan?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker