Ad
Info KesihatanUmum
Trending

Kenapa Kerap Rasa Penat?

saya pilih 6 sebab paling common di sini untuk dikongsikan bersama

Banyak sebab, tapi saya pilih 6 sebab paling common disini untuk dikongsikan bersama.

1. Tahap kecergasan yang rendah

Badan kita kalau tak fit, kemudian kita kena buat banyak aktiviti dalam kehidupan kita, kita akan jadi cepat penat. Fitness boleh di definisikan sebagai ketahanan jantung & otot. Kalau tahap fitness rendah, otot jantung dan badan tak mampu nak bertahan lama dengan kerja-kerja berat.

Ad

Penting untuk kita konsisten dengan senaman untuk kekalkan atau tingkatkan tahap fitness kita. Terutamanya kalau kita ada banyak komitmen dan tugasan dalam kehidupan, seperti orang yang bekerja, suri rumah, mereka yang ramai anak-anak, mereka yang ada pelbagai tanggungjawab dalam masyarakat.

2. Sleep apnoea

Ini penyakit yang boleh diubati. Sleep apnoea ialah masalah pernafasan ketika tidur. Pernafasan terhenti kerana salur pernafasan tertutup dibahagian leher. Ini biasnya bagi mereka yg berbadan besar, atau yang ada masalah dengkur kuat ketika tidur.

Bagi sesiapa yang ada sleep apnoea ni, walaupun tidur lama, tapi tak ada kualiti pada tidur. Bangun pagi masih tetap rasa penat. Kalau anda yang bangun pagi masih penat, walaupun dah tidur 7-8 jam tiap-tiap hari, anda mungkin ada masalah ini. Rawatan ialah dengan mesin CPAP. Boleh berjumpa dengan pakar respiratory untuk buat pemeriksaan sleep study untuk kenal pasti.

3. Anaemia

Ini juga agak common. Kurang darah merah. Ini biasanya bagi mereka yang tak banyak atau tak suka makan daging merah atau vegetarian/vegans. Atau juga common bagi wanita yg ada masalah heavy periods tiap-tiap bulan. Atau kerap juga bagi mereka yang ada kanser, penyakit-penyakit teruk, atau yang ada penyakit darah seperti thalassemia.

Kalau anda kerap rasa penat memanjang, saya rasa elok buat blood test utk check haemoglobin ni supaya anda tak anaemic. Sekiranya anda didapati ada anaemia, doktor mungkin akan sarankan kena ambik blood transfusion, atau kena makan iron/folate/B12 supplement sekiranya ini yang menyebabkan masalah.

4. Masalah hypothyroidism

Kalau anda ada sentiasa rasa penat dan ada masalah berat badan yg susah nak kawal, tak tahan dengan cuaca sejuk, atau selalu sembelit, anda mungkin ada masalah kurang hormon thyroid (hypothyroidism).
Boleh buat blood test untuk kenal pasti. Kalau disahkan, kena ambil ubat hormon thyroxine utk rawati.

5. Petanda awal kemurungan (depression)

Rasa penat bersama rasa apathy (tiada motivasi utk buat apa sahaja kerja) dan social isolation (tak nak jumpa orang lain) mungkin petanda awal anda ada depression.

Ini perlukan rawatan atau perhatian segera. Anda mungkin tak perlu makan ubat lagi, tapi mungkin perlu counselling.

6. Malnutrition (kurang nutrisi)

Badan kita ni perlukan nutrisi yg mencukupi seperti carb, protein, fiber, pelbagai vitamins dan minerals. Pemakanan yg tak balance, juga dapat buat kita rasa lemah. Contohnya, hyponatremia (kurang sodium) boleh buatkan kita rasa penat. Kurang calcium juga boleh buat badan rasa penat.

Tak bermaksud kena makan banyak utk cukupkan nutrisi, tapi kena amalkan pemakanan yg sihat. Biar makanan kita balance dan cukup dengan nutrisi dan sihat. Asyik makan maggi, atau KFC shj bukan contoh pemilihan makanan yg cukup nutrisi & sihat. Sebab walaupun kita makan banyak fastfood begini, ianya bukan bernutrisi.
Malnutrition ini juga sangat common bagi warga emas, sebab biasanya mereka kurang makan. Kalau ini sebabnya, mereka mungkin perlu diberikan vitamin dan minerals supplement utk bantu.
Sekian.

Semoga bermanfaat untuk rakan-rakan semua.

Related Articles

Back to top button