EkonomiTrivia

Kenapa Harga Gula Semakin Turun

Di Malaysia ada dua pemain utama dalam industri gula iaitu MSM Malaysia Bhd (Felda) dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (Tradewinds Corp). Kapisiti pengeluaran kedua-dua syarikat ni adalah 3 juta MT/tahun. Sebagai perbandingan, permintaan tempatan pula lebih kurang 1.5 juta MT setahun.

Nak beli saham syarikat gula sebab nampak perniagaan jual air manis macam tengah rancak?

Sebenarnya, syarikat gula pun ada cabaran mereka yang tersendiri. Antaranya purata harga jualan (average selling price, ASP) untuk gula halus semakin menurun. Kacau juga kalau harga produk yang kita nak jual tu makin jatuh, kan?

Kenapa harga gula menurun?

Antara faktor yang menyumbang, adalah kerana kerajaan sedang dalam usaha meliberalisasikan (betui kan perkataan ni?) industri gula.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan telah meluluskan approved permits (AP) kepada lapan pengusaha Food and Beverages (F&B) di Sarawak tahun lepas. Dengar-dengarnya lepas ini mungkin Sabah pula.

Apa kesan liberalisasi ini?

Kesannya, dua syarikat tadi kena bersaing untuk tawarkan harga yang lebih rendah. Sebab kalau import gula dari Thailand, harganya lebih murah dalam RM0.40-RM1.00 per kilogram.

Sebagai manufacturer F&B yang memang memerlukan gula sebagai input, tentulah mereka akan memilih yang lebih murah (gula import). Itu belum kira lagi cabaran daripada aktiviti penyeludupan.

Bahagian operasi pun tertekan juga. Sebab bila jumlah pengeluaran rendah, refinery utilization akan jadi rendah. Maksudnya, tak dapat hasilkan produk dengan kos yang paling rendah dan efisyen i.e. kilang/mesin underutilised.

Tak cukup dengan keadaan pasaran dan operasi, industri gula juga terdedah kepada campur tangan pihak kerajaan.

Kalau masih ingat, bulan September tahun lepas kerajaan telah menurunkan harga siling gula kepada RM2.85/kg (turun 10 sen). Dan berkuatkuasa 1 Julai 2019 pula, kerajaan telah memperkenalkan cukai gula.

Sudah tentu campur tangan sebegini akan memberi kesan kepada margin keuntungan syarikat gula.

Jadi selepas kita dah mula nampak situasi syarikat gula ni, tanya balik soalan awal tadi; Agak-agak patut tak kita beli saham mereka? 

Oh, btw, haritu terbaca post Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan. (Thank you doc!)

Rupa-rupanya, walaupun kita minum air kosong banyak-banyak lepas minum air manis, gula tu tetap tak keluar dan masih ada dalam badan.

Tak berkurang pun ‘kepekatan gula’ dalam darah walaupun kononnya kita dah bilas dengan air kosong. Gula tu tak keluar melalui air kencing (kalau keluar, itu dah jadi kencing manis ).

Nak hilangkan gula tu, kena la buat aktiviti fizikal. Kalau tak buat, tu yang jadi lemak tu.

So lepas ni kalau nak minum Boba Tea tu, boleh bayangkan siap-siaplah jogging track mana nak kena hadap petang nanti. Haha.

Selanjutnya...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker