Polisi

Kenapa Bantuan Sara Hidup Perlu Diteruskan?

Dalam pentadbiran Najib Razak, jelas sekali terdapat satu realiti yang sudah lama diperkatakan. Kapitalisme tidak begitu mapan untuk semua. Pelbagai masalah ekonomi timbul berkaitan pendapatan, pekerjaan dan kadar kemiskinan. Malah yang bekerja dalam kelompok berpendapatan sederhana pun berkelihatan tidak stabil. Maka sebuah inisiatif yang miripkan pendapatan asas universal (PAU) diperkenalkan dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia, iaitu bayaran RM500 pada permulaannya.

Pemberian wang sebegini disambut ramai. Namun antara kritikan menyentuh tentang pemikiran-pemikiran kapitalisme. Antaranya ialah kerisauan kerajaan gagal memberikan duit apabila berdepan dengan krisis ekonomi. Maka sekarang selepas beberapa tahun, kerisauan tersebut dilihat seakan-akan berlaku (walaupun negara tidak ditimpa apa-apa krisis melainkan kesilapan kerajaan baharu).

Konsep PAU itu sendiri menentang aspirasi kapitalisme yang tidak begitu bersetuju dengan penerimaan wang tanpa bekerja. Disebalik kecaman terhadap nasib kemiskinan, falasi kemalasan bekerja dan penggunaan wang untuk mencetuskan peluang pekerjaan, pemberian wang dilihat mempunyai satu ciri menarik. Melalui BR1M, ekonomi menerima stimulasi yang diperlukan.

BR1M tidak pernah wujud sebagai solusi kekal. Ia bersifat sementara sahaja, iaitu untuk orang berbelanja. Dalam tempoh beberapa tahun sejak perlaksanaan yang serba-serbi bermasalah, BR1M telah banyak membantu rakyat. Kejatuhan Najib Razak secara mengejut memang menimbulkan tanda tanya tentang nasib BR1M walaupun Buku Harapan menjaminkan pengekalannya. Ini kerana ketua kerajaan yang dicadangkan atas persepakatan empat parti pembangkang ialah Dr. Mahathir Mohamad yang sangat dikenali dengan ketaatan beliau dalam ideologi kapitalisme.

Malah lebih setahun selepas membentuk kerajaan pun sudah ada ura-ura pemberhentian BR1M (atau nama baharunya Bantuan Sara Hidup). BSH juga dilaksanakan dengan begitu banyak komplikasi. Antaranya ialah pemberian wang sedemikian kepada akaun isteri yang maklumatnya tidak sampai begitu meluas kepada rakyat. Disebabkan ramai salah meletakkan akaun lelaki, maka data isteri dalam kerajaan digunakan untuk membuka akaun ASB untuk isteri. Apa yang berlaku sangatlah menyayatkan hati apabila Bank-Bank Simpanan Nasional menerima kunjungan rakyat dalam barisan-barisan panjang yang jelas tidak berperikemanusiaan.

Mungkin pemberian tunai itu sendiri boleh dipersetujui sangat cacat. Namun sedar atau tidak, BR1M/BSH menggalakkan rakyat berbelanja tanpa perlu berjimat. Pelbagai perkara boleh diselesaikan. Antaranya ialah melunaskan insurans kenderaan, membayar tunggakan itu ini dan paling utama sekali mencukupkan akaun rakyat yang berdepan dengan perayaan. Apabila rakyat berbelanja, ekonomi pun hidup: dan penjual pun perlu berbelanja juga. Dan akhirnya setiap sen yang ditaburkan itu kembali kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Antara cara untuk menyempurnakan lagi dasar BSH ialah mewajibkan penggunannya kepada produk atau perkhidmatan tempatan sahaja. Pelbagai manfaat boleh diperolehi daripada kempen BMBF yang mana perusahaan-perusahaan tempatan mendapat berkat besar berikutan sokongan luar biasa. Manfaat tersebut juga berlaku dalam situasi BSH. Maka kerajaan tidak sepatutnya menghentikan BSH ini.

Sebaliknya, keutamaannya perlu dipertingkatkan. Sementara rakyat yang dituduh malas berbelanja, sekelompok lagi dalam kalangan rakyat iaitu bangsa peniaga juga boleh menyokong perniagaan pengilang/pemborong.

Disini jelas satu persoalan besar: apa masalahnya BSH diteruskan?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker