Ekonomi

Kenapa Bank Pusat Menurunkan Atau Menaikkan Kadar Faedah

Tahukah anda bank juga meminjam sesama mereka. Dan kadar faedah pinjaman antara bank ini dinamakan Overnight Policy Rate (OPR).

Kenapa pula bank nak meminjam sesama mereka? Bukankah duit bank sudah banyak?

Yang kita kena faham asas kepada perniagaan bank adalah pinjaman dan simpanan. Setiap hari akan ada orang yang pinjam atau simpan duit.

Bila orang simpan lebih banyak dari pinjam, bank akan ada surplus. Jika simpanan lebih sikiy dari jumlah yang diberi pinjam pula bank berada dalam keadaan defisit.

Bank yang defisit akan pinjam daripada bank surplus. Dan OPR dikenakan ke atas pinjaman tersebut.

OPR ini dikawal oleh Bank Negara Malaysia, mereka yang menentukan kadar OPR.

Jadi, kadar OPR adalah antara kos yang ditanggung bank selain kos operasi, kos sewa dan lain-lain kos.

Setelah semua kos ini dikira, bank akan keluarkan kos pinjaman mereka yang dipanggil sebagai Base Rate (BR).

Pecahan kepada BR adalah seperti berikut:
BR = Operating cost + Credit risk + liquidity risk

Kalau anda lihat kontrak pinjaman/pembiayaian anda, anda akan perasan pecahan kadar faedah seperti berikut:
BR + 2% = 5%

2% adalah kadar keuntungan bank manakah BR adalah kos bank.

Apabila BNM ubah kadar OPR maka secara tidak lansung kadar BR juga akan berubah.

Bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, BNM akan membuat keputusan sama ada kekalkan, turunkan atau naikkan OPR?

OPR ini digunakan until mengawal aliran tunai Dalam ekonomi negara

1. Kenapa OPR diturunkan?
Secara umumnya, ianya diturunkan untuk meransang ekonomi.

Jika OPR turun, BR akan turun, maka kadar bayaran bulanan pinjaman juga akan turun.

Sekarang rakyat ada lebih banyak wang untuk berbelanja.

Dari sudut bisnes pula, apabila kadar faedah pinjaman turun, peniaga-peniaga boleh meminjam until mengembangkan bisnes, tingkatkan produksi dan buka peluang pekerjaan baru.

2. Kenapa OPR dinaikkan?
Ianya bertujuan untuk mengawal inflasi. Seperti mana yang kita sudah belajar sebelum ini berkaitan inflasi, jika permintaan tinggi tetapi bekalan rendah, harga akan naik.

Dengan menaikkan kadar OPR, wang yang beredar dalam pasaran akan berkurang lalu permintaan juga menurun.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker