Kenali Indeks-Indeks Saham

Berikut merupakan penerangan ringkas bagi indeks-indeks saham di Malaysia.
FBMKLCI – 30 Syarikat paling besar didalam pasaran saham. Turut dikenali sebagai syarikat large cap. Antaranya adalah Petronas Dagangan, Maybank dan Tenaga Nasional. Kedudukan yarikat-syarikat ini memberi kesan yang besar kepada nilai mata FBMKLCI.
FBMT100 – 100 Syarikat paling besar dalam pasaran. Ini termasuk juga 30 syarikat didalam FBMKLCI.
FBMT70 – 70 syarikat terbesar selepas syarikat yang berada didalam KLCI . FBMT100 – FBMKLCI. Ianya juga dikenali sebagai Middle Capitalization 70 or Mid70 company.
FBMScap – Indeks ini adalah bagi syarikat yang disenaraikan tetapi mempunyai modal pasaran yang kecil.
FBMFledgling – Indeks bagi syarikat yang mempunyai modal pasaran terkecil sekali.
FBMEMAS – Tiada kena mengena dengan harga emas mahupun syarikat yang berniaga emas. FBMEMAS merupakan FBMT100 + FBMSmallcap.
FBMEMAS Shariah – FBMT100 yang shariah + FBMSmallcap daripada senarai syarikat yang patuh shariah.
FBMACE Market – Indeks bagi saham syarikat yang disenaraikan di ACE market.