Ekonomi

Kemaskini Defisit Fiskal Pada Tahun 2018

Bekas Perdana Menteri ke-6 menganggarkan defisit fiskal pada tahun 2018 adalah sebanyak 2.8% daripada GDP iaitu RM 39.8 billion dalam bajet 2018. Namun, defisit fiskal negara meningkat disebabkan pertukaran kerajaan pada 9 Mei 2018. Setelah dikemaskini, defisit fiskal negara telah meningkat kepada 3.7% daripada GDP dengan nilai RM 53.4 billion.

Secara kasarnya, perbelanjaan negara pada tahun lepas telah meningkat sebanyak RM 13.6 billion. Punca kepada kenaikan perbelanjaan kerajaan adalah disebabkan pemansuhan GST, kadar sifar GST.

  1. kerajaan telah hilang sebanyak RM 23.6 billion disebabkan tindakan memansuhkan GST! Pada 1 Jun 2018, kerajaan telah mengenakan kadar sifar GST pada semua barangan yang dicukaikan. Atas sebab itu, kerajaan hilang punca pendapatan daripada cukai pengunaan (consumption tax).
  2. Kejatuhan hasil kerajaan disebabkan kutipan cukai yang rendah daripada syarikat-syarikat di Malaysia melalui Corporate Income Tax Act (CITA). Anggaran dibuat adalah sebanyak RM 72.475 billion dan jatuh sebanyak RM 6 billion. Manakala, cukai eksais pula jatuh sebanyak RM 1.6 billion daripada anggaran RM 12.334 billion.
  3. Terdapat perbelanjaan tambahan disebabkan tindakan kerajaan menstabilkan harga minyak. Pada tahun lepas, kerajaan telah berbelanja sebanyak RM 7.5 billion berbanding pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM 3.1 billion. Selain itu, kerajaan memberi bantuan khas kepada pekerja dan pesara kerajaan. Pada November tahun lepas, Kerajaan Malaysia telah mengambilalih Lebuhraya EDL daripada MRCB Bhd sebanyak RM 1.33 billion. Tambahan, kerajaan telah berbelanja untuk projek MRT, LRT3 dan Double Track Gemas. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 6.8 billion.
  4. Namun yang demikian, Kerajaan memperolehi hasil yang lebih daripada Petroleum Income Tax Act (PITA) dengan kenaikan sebanyak RM 8.7 billion. Anggaran awal adalah sebanyak RM 11.445 billion. Ini disebabkan purata harga minyak tahun lepas adalah sebanyak USD 71.2 setong berbanding anggaran awal iaitu USD 52 setong. Pada suku ke-4 tahun lepas, cukai SST telah mula dikutip pada 1 September 2018 dengan kutipan RM 5.4 billion. Jumlah kenaikan adalah RM 14.1 billion.
  5. Terakhir sekali adalah dividen PETRONAS sebanyak RM 7.0 billion. Kerajaan telah menjarah dividen PETRONAS sesuka hati mereka pada tahun lepas. Selain itu, Kumpulan Wang Awam Persaraan (KWAP) diminta untuk memberi RM 4.5 billion pada kerajaan. Kenaikan adalah sebanyak RM 11.5 billion.

Secara kasarnya pada tahun lepas;
– Kerajaan hilang RM 39.2 billion.
– Kerajaan dapat RM 25.6 billion.
– Nilai bersih kerajan hilang sebanyak RM 13.6 billion.

Kesimpulannya defisit fiskal kerajaan meningkat disebabkan beberapa faktor utama iaitu pemansuhan dan kadar sifar GST dan tindakan menstabilkan harga minyak.

Sumber
Ministry of Finance. (2019). Fiscal Updates 2018Ministry of Finance. (2017). Economic Report 2017/2018. Public Sector Finance (79-96).
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker