Ad
Umum

Kelab Che Det: Cakap Tak Serupa Bikin

Banyak perkara boleh dipelajari dengan penularan virus (2019-nCoV) korona dewasa ini. Sementara China terhantuk dan terngadah dengan disiplin pemakanan mereka, Malaysia pula bagaikan dapat kejutan budaya. Terlalu ramai yang tularkan berita-berita palsu berkaitan 2019-nCoV. Senang kata, perkara yang tidak berlaku diada-adakan sampai pihak polis terpaksa mengendalikannya (Mohamad Farid, 2020). Maka banyak pihak perlu aktif di media sosial untuk memerangi dan menangkis fitnah yang ditaburkan.

Salah satu daripada kebanyakan itu ialah Kelab Che Det. Sejujurnya dari minggu lepas lagi, Kelab Che Det sangat sibuk mengendalikan pelbagai perkara. Dengan desakan terhadap Angkatan Pemuda DAP untuk memelihara kebersamaan sampailah kuota haji, mereka berjuang. Tetapi pada masa ini juga mereka menasihati orang ramai supaya berkata benar. Antara tangkap layar yang wajar dikepilkan untuk menunjukkan usaha-usaha gigih mereka:

Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-01-28 at 6.58.49 PM.png
Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-01-28 at 6.59.24 PM.png
Description: Macintosh HD:Users:angelos:Desktop:Screen Shot 2020-01-28 at 6.58.35 PM.png

Rumusan yang boleh dibuat adalah:

Ad
  1. Ikutlah arus profesionalisme, bukannya emosi.
  2. Elakkan baca sumber dari(pada) portal-portal sampah.
  3. Pilihlah berita dari(pada) sumber berkaliber. 

Namun Kelab Che Det juga merupakan halaman yang memuatnaikkan suatu penipuan berkaitan dengan LOL.

Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 9.40.31 PM.png

Hantaran berkenaan yang dibuat pada 22 April 2014 masih aktif lagi di halaman mereka: https://www.facebook.com/kcdmalaysia/posts/640362556051417 . Sehingga hari ini hantaran tersebut tidak dipadam, sekaligus menunjukkan bahawa Kelab Che Det mempertahankan hujah bahawa sebutan “LOL ialah Lucifer Our Lord”. Malah Kelab Che Det juga mengukuhkan lagi hujah sendiri bahawa LOL memang merujuk kepada “Lucifer Our Lord”.

Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 9.42.05 PM.png

Malah rumusan pertama iaitu “ikutlah arus profesionalisme, bukannya emosi”  pun tidak diamalkan Kelab Che Det.

Related Articles
Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 9.44.19 PM.png

Mengherdik orang lain “lembab otak” dan “so stup” (semua tahu pelengkapnya) sambil menyeru semua berlaku profesional ialah suatu sifat hipokrasi yang nyata. Kelab Che Det sendiri menafikan arus profesionalisme demi emosi; maka hipokritlah jika kalian mendesak rakyat berbuat sedemikian. Dan hipokrasi Kelab Che Det tidak terhenti di situ sahaja. 

Pada 26 Mei 2014, Kelab Che Det menempelak Dyana Sofya yang sedang bergiat untuk Pilihanraya Kecil Teluk Intan. Kata kalian, beliau ialah “barua” Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.00.15 PM.png

Boleh semua terima bahawa kekasaran bahasa ini merupakan sifat kesilapan manusia. Namun begitu, ini bukan satu-satunya keceluparan yang dibuat Kelab Che Det.

Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.01.21 PM.png
Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.05.37 PM.png
Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.06.11 PM.png
Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.06.35 PM.png

Selepas puas menetak orang kerana bersekongkol dengan DAP, hari ini ahli politik yang nama manjanya digunakan kalian telah menubuhkan sebuah pakatan bersama DAP itu sendiri. Tidak cukup dengan itu, pembangkang yang kalian nistakan turut terlibat dalam pakatan sedemikian. 

Dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pun mengesahkan bahawa “barua” ialah “orang perantaraan yang mengerjakan perkara jahat” serta kata makian. Maka Kelab Che Det telah sekian lama mengetepikan profesionalisme demi emosi. Dulu dikatakan jahat, hari ini menjadi sekutu. Puas menghamun kerana cenderung DAP, hari ini Dr. Mahathir bentuk kerajaan sama diiyakan saja sambil menggunakan nama beliau pula.

Description: Macintosh HD:private:var:folders:vd:sbz4kjb90mzf_50t2v38d3b00000gn:T:TemporaryItems:Screen Shot 2020-01-28 at 10.07.52 PM.png

Maka Kelab Che Det secara tidak sengaja menafikan diri sebagai sumber berkaliber kerana wujud atas asas portal sampah. Benar kata orang tua, jangan kerap membenci kerana kelak jatuh cinta.  Paku dulang paku serpih, mengata dulang KCD yang lebih. Hakikatnya juga Kelab Che Det tidak bercakap serupa bikin. Sebagai penjelasan, tiada istilah langsung yang mengiyakan bahawa LOL ialah “Lucifer Our Lord”. 

Sebaliknya LOL yang digunakan secara meluas di peringkat sosial ialah “Laugh Out Loud”, iaitu reaksi orang ramai terhadap setiap perbuatan Kelab Che Det. Kerana Dyana Sofya bersekongkol dengan DAP dikatakan “barua”, tetapi ahli politik pujaan boleh.

Sumber:

Mohamad Farid, N. (2020, January 26). Tular berita palsu coronavirus, polis cari penyebar. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/01/650155/tular-berita-palsu-coronavirus-polis-cari-penyebar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button