BeritaKorporat

Kaunter Tambah Nilai Touch ‘n Go Dimansuhkan, Apa Kaitan Dengan CIMB ?

Umum mengetahui bahawa PLUS akan hentikan perkhidmatan tambah nilai di semua lorong keluar plaza tol dibawah seliaan PLUS berkuatkuasa esok (4 November 2019).

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan disebabkan urusan tambah nilai di semua lorong tol.

Hal ini disokong dengan kempen ‘Tiada Tambah Nilai’ yang dilaksanakan oleh PLUS di semua lorong tol wilayah tengah sejak 1 Ogos lalu. Selepas tiga bulan pelaksanaan, didapati berlaku pengurangan lebih 60 peratus kesesakan trafik dan kenderaan yang beratur untuk tambah nilai di lorong keluar plaza tol di wilayah tengah.

Oleh itu, pengguna tol dinasihatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go mencukupi. Seiring dengan perkembangan teknologi, pengguna tol boleh manfaatkan e-dompet Touch ‘n Go. Selain itu, sistem RFID yang diperkenalkan PLUS juga boleh menjadi pilihan anda kerana ia boleh disambung terus ke mana-mana kad debit dan kredit.

Sedangkan RFID TnGo hanya boleh disambung ke e-dompet Touch ‘n Go sahaja.

Walaubagaimanapun, hal ini tidak disenangi oleh CIMB Group Holdings Berhad yang memiliki pegangan saham majoriti 52% Touch ‘n Go. Pengenalan sistem RFID ini dikatakan telah melanggar perjanjian konsesi yang telah dimeterai sejak 1998.

Sumber : The Malaysian Insight

Pada 24 Oktober, CIMB melalui CIMB S1 Sdn Bhd telah menarik semula tindakan undang-undang terhadap PLUS pada Disember 2018 berkenaan pertikaian tentang pelaksanaan RFID PLUS.

PLUS baru-baru ini telah mengumumkan untuk melaksanakan sistem RFID miliknya pada 15 Disember ini di beberapa lokasi terpilih iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Kubang Semang dan Lunas di Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) dan Plaza Tol Jitra di Kedah.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker