Fakulti Ekonomi

Kapitalisme: Sistem Ekonomi Pasaran Moden

Sepertimana Bernie Sanders pernah berhujah, “kapitalisme telah menciptakan semangat perniagaan dengan motivasi untuk membentangkan idea.” Semarak tersebut telah mendiami di pelbagai negara, yang mengamalkan prinsip pasaran moden dan terbuka. Amerika Syarikat merupakan salah satu daripada negara pelopor kapitalisme. Tetapi secara asasnya, tiada negara boleh mengakui diri sebagai yang pertama untuk melaksanakan kapitalisme.

Kapitalisme merupakan sebuah sistem ekonomi yang (1) pemilikan swasta dalam kalangan individu atau perniagaan, (2) pengeluaran barangan atau perkhidmatan berdasarkan bekalan dan permintaan pasaran dan (3) bebas dalam aspek hartanah persendirian, buruh bergaji, tukaran semulajadi, sistem harga dan persaingan. Kapitalisme yang paling tulen mengimarahkan pasaran terbuka yang pemain-pemain perniagaan tidak langsung dihalang untuk melabur, mengeluar dan menetapkan harga.

Pada hari ini, kebanyakan negara kapitalis mencampurkan elemen-elemen daripada sistem lain yang mencambahkan jenis baharu bagi kapitalisme.

Mengenali Kapitalisme

Kapitalisme berputik daripada dua sistem utama Eropah. Sekitar 800 tahun dahulu, pekerja-pekerja berkemahiran menerima imbuhan daripada pembesar-pembesar feudal sahaja. Tiada gaji yang melengkapkan kehidupan mereka dalam sistem perhambaan ini. Kedatangan perindustrian dan pencairan pengaruh pembesar merancakkan api urbanisme yang mengutamakan keterbukaan ekonomi.

Kedatangan merkantilisme menyalurkan gaji sebenar kepada para pekerja. Ramai mendahagakan duit berbanding sara hidup hamba semata-mata. Sistem feudalisme mengehadkan pengeluaran sebuah wilayah oleh kerana pengagihan tenaga buruh yang tidak selaras. Tidak pelik jika sebuah keluarga hanya mempunyai seorang sahaja yang mendapat sara hidup. Maka punca pendapatan terhad membelenggu hamba-hamba ini untuk kekal miskin.

Apabila kos boleh dikurangkan sambil mengutamakan keuntungan, merkantilisme mula menggantikan sistem feudalisme. Sistem ini mengamalkan perdagangan antara bandar yang masing-masing berbeza. Secara perlahan, perdagangan berkembang ke peringkat negara dan akhirnya antarabangsa. Pada abad ke-17 misalnya, kapas, perak, teh dan sutera merupakan antara barangan diperlukan. Apabila semua negara melihat peluang ini, persaingan pun terjadi yang mengundang peperangan.

Sepertimana merkantilisme mengalir sekali dengan kolonialisme, begitulah aliran kapitalisme dan perindustrian. Berdirinya kapitalisme pada ambang dua peperangan dunia menunjukkan bahawa zaman kolonialisme telah mendatangkan padah dan bahaya di seluruh dunia. Maka sistem ini berkembang dari pendapat John Locke bahawa hak pemilikan merupakan denyut nadi utama. Kapitalisme juga menyediakan undang-undang serta peraturan untuk memelihara kepentingan pemilik dan kebajikan orang sekeliling.

Kapitalisme dan Pasaran Terbuka

Berdasarkan pemahaman masyarakat, kapitalisme mestilah bersifat terbuka dari segi pasaran. Perkara ini benar tetapi tidak tepat kerana kedua-duanya mempunyai titik pertemuan dan perbezaan. Sebuah ekonomi bersifat kapitalis apabila masyarakat awam mengawal punca pengeluaran. Tetapi sistem kapitalisme masih lagi boleh dikawalselia kerajaan melalui undang-undang dan percukaian. Maka disinilah bezanya kapitalisme dan pasaran terbuka, yang merujuk kepada pertukaran bebas pengaruh kerajaan.

Dalam sistem ini, masyarakat bebas berpeluang untuk memiliki semua hak pemilikan tanpa mandat-mandat kerajaan. Secara kebiasaannya, tatacara sebegini diamalkan oleh golongan pribumi di serata dunia yang cara hidup mereka lebih terbuka berbanding kapitalisme masyarakat. Tetapi sudah tentunya, negara tidak boleh mengamalkan skop sebegini.

Sebuah negara yang mengamalkan hak pemilikan pula bakal meraih keuntungan oleh kerana pemilik akan mencari peluang untuk meningkatkan nilai harta. Bercakap tentang keuntungan, itulah lumrah utama yang disasarkan kapitalisme. Keuntungan sangatlah berkait dengan hak pemilikan. Untuk menjana keuntungan, pemilik dan pengguna perlulah berhubung dengan sebuah urusniaga dikenali sebagai jualbeli.

Urusniaga inilah yang memacu sistem kapitalisme. Pemilik suatu barangan atau perkhidmatan bersaing mendapatkan penyertaan pengguna, yang turut bersaing bersama pengguna lain. Aktiviti inilah yang membina sistem harga, berdasarkan imbangan bekalan dan permintaan dalam aspek pengagihan sebuah sumber. Keuntungan dijana melalui penggunaan barang basah secara efisyen semasa mengeluarkan barangan atau perkhidmatan yang diperlukan masyarakat. Harga pula mempunyai seribu satu kisah tentang nilai sebuah barangan di mata pengguna. Ia bukanlah sekadar angka semata-mata. Dan seorang peniaga mengalami kerugian apabila barang basahnya tidak digunakan secara sempurna, sekaligus menghasilkan produk atau perkhidmatan yang kurang bernilai di mata pengguna.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker