Kewangan

Kadar Hutang Penjawat Awam Meningkat, 3 Strategi Langsai Hutang Ini Mungkin Boleh Bantu Anda

Hidup hari ini, kebanyakan daripada kita tak dapat lari daripada berhutang. Sama ada hutang baik mahupun hutang jahat.

Memetik ucapan daripada Perdana Menteri semasa Majlis Pelancaran Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023 , hutang isi rumah di Malaysia pada hari ini adalah pada kadar 82.1% yakni lebih tinggi daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Tambahan beliau, kadar itu lebih tinggi berbanding negara yang mempunyai pendapatan perkapita tinggi seperti Itali (40.3% daripada KDNK), Jepun (58.1%) dan Amerika Syarikat (76.3%).

Walaupun trend tahap hutang isi rumah Malaysia semakin menurun kepada 83.8% daripada KDNK pada akhir bulan Jun 2018 berbanding pada tahun 2015 (paras tertinggi): 89% daripada KDNK, tetapi terdapat fakta yang membimbangkan.

Laporan Bank Negara Malaysia mendapati sejak tahun 2012 , hutang isi rumah dalam kalangan penjawat awam meningkat pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (compound annual growth rate, CAGR) sebanyak 7.6% yang mengatasi pertumbuhan KDNK (CAGR: 6.2%).

Pada akhir bulan Februari 2018, jumlah hutang terkumpul penjawat awam adalah sebanyak RM236 bilion. Jumlah ini bersamaan dengan 20% daripada jumlah hutang isi rumah atau 17% daripada KDNK, lebih tinggi daripada tahap yang dicatat pada tahun 2012 (18% daripada jumlah hutang isi rumah atau 15% daripada KDNK).

Berdasarkan Rajah 1, lebih separuh gaji penjawat awam digunakan untuk membayar komitmen hutang. Dan Rajah 2 pula menunjukkan pembiayaan peribadi adalah hutang yang paling banyak dikalangan penjawat awam jika dibandingkan diperingkat nasional.

Dapat langsai hutang adalah satu nikmat yang paling dinantikan. Lagi cepat langsai hutang, lagi bagus. Maka, ayuhlah kita teliti ilmu yang saya belajar untuk langsaikan hutang-hutang ni. Semoga sedikit sebanyak dapat bantu kita untuk kurangkan kadar hutang di Malaysia ni.

Sebelum tu, pastikan anda sudah mempunyai tabung kecemasan dan lebihan simpanan setiap bulan. Jika cukup dua syarat ni, tahniah! Anda boleh teruskan baca.

Strategi #1 : Kaedah Snowball

Pernah main salji?

Kalau siapa main salji, mesti dia akan buat bebola salji. Kalau tengok kartun, kita boleh bayangkan dah. Bila bebola salji tu berguling dari atas, daripada bebola salji yang kecil makin lama menjadi menjadi besar.

Begitulah analoginya disini.
Mulakan langkah yang kecil.

Dalam hal ni, jadikan baki hutang yang paling sikit tu target utama kita.

Caranya mudah sahaja.

Langkah 1 : Senaraikan hutang yang paling kecil sehingga paling besar

Langkah 2 : Buat bayaran minimum seperti biasa kecuali hutang paling kecil. Gunakan lebihan simpanan bulanan untuk bayar ekstra hutang paling kecil tadi.

Langkah 3 : Selesai hutang paling kecil tadi, gunakan duit lebihan bulanan anda + duit yang sepatutnya bayar hutang paling kecil tadi sebagai ekstra untung hutang yang seterusnya.

Langkah 4 : Ulang sehingga anda selesaikan hutang terbesar anda.


Tak faham juga?
Jom kita tengok contoh dibawah ni.

Situasinya seperti berikut :

Encik Ali sudah ada tabung kecemasan dan lebihan bulanan sebanyak RM150.
Kebiasaannya lebihan tu dia simpan.
Tapi sebab nak langsai hutang punya pasal, dia gunakan untuk bayar hutang.
Mujur ada tabung kecemasan.

Langkah 1

Senaraikan hutang dari baki terkecil ke paling besar:

Jenis HutangBaki
Hutang
Kadar
Faedah
Tahunan
(%)
Bayaran
Bulanan
Baki
Tempoh
Pinjaman
Pinjaman PeribadiRM 3,0008RM 1452 tahun
Kad KreditRM 5,00018RM 250
(minimum)
2 tahun
Pinjaman KeretaRM 45,0003.5RM 6677 tahun

Langkah 2 :

Gunakan lebihan bulanan untuk bayar ekstra hutang pinjaman peribadi.
Tapi bukan bayar kepada bank.

Untuk pinjaman peribadi dan kereta, kita tak boleh pendekkan tempoh dengan bayar lebih setiap bulan. Tapi boleh selesaikan awal secara segedebuk.

Tidak seperti pinjaman rumah (flexi loan).
Jika bayar lebih setiap bulan, nilai prinsipal pun berkurang.
Jadi, tempoh bayaran pun berkurang juga.

Nak faham lebih lanjut, anda boleh rujuk Rules of 78.

Dalam kes ni, Encik Ali simpan lebihan RM150 tu dalam akaun bank.

Cukup setahun, simpanannya menjadi RM150 x 12 = RM1,800. Gunakan simpanan ni untuk tutup hutang pinjaman peribadi.

Guna kalkulator ini untuk tahu jumlah diperlukan untuk tutup hutang beserta rebat.
Jenis HutangBaki
Hutang
Kadar
Faedah
Tahunan
(%)
Bayaran
Bulanan
Baki
Tempoh
Pinjaman
Pinjaman PeribadiRM 08RM 145
+ RM 150
1 tahun
Kad KreditRM 2,71818RM 2501 tahun
Pinjaman KeretaRM 39,7513.5RM 6676 tahun

Langkah 3

Selesai hutang pinjaman peribadi, selesaikan hutang seterusnya dengan menggunakan lebihan yang terbaru, RM145 + RM150 = RM295

langsai-hutang-cepat
Jenis HutangBaki
Hutang
Kadar
Faedah
Tahunan
(%)
Bayaran
Bulanan
Baki
Tempoh
Pinjaman
Pinjaman PeribadiRM 08Selesai1 tahun
Kad KreditRM 018RM 250
+ RM145
+ RM150
6 bulan
Pinjaman KeretaRM 37,1923.5RM 6675 tahun
6 bulan

Selepas 6 bulan kemudian, hutang kad kredit pun selesai.

Langkah 4

Ulang Langkah 1-3 untuk hutang seterusnya.

Lebihan terkinin adalah RM250 + 145 + 150 = RM545.

Encik Ali simpan lebihan ni selama 3 tahun.
Sehinggalah berjumlah RM19,620.
Masa ni dah bulan ke 54.

Ikut kalkulator kat bawah ni, Encik Ali hanya perlu dump RM18,665 untuk tutup hutang ni. Ok lah ada lebih simpanan boleh reward diri sendiri. Asyik menyimpan je, kenalah manjakan diri sikit-sikit.

Sumber : loanstreet.com.my.
Jenis HutangBaki
Hutang
Kadar
Faedah
Tahunan
(%)
Bayaran
Bulanan
Baki
Tempoh
Pinjaman
Pinjaman PeribadiSelesai8Selesai1 tahun
Kad KreditSelesai18Selesai6 bulan
Pinjaman KeretaRM 37,1923.5RM 667
+ RM250
+ RM145
+ RM150
4 tahun
6 bulan

Fuh, selesai semua hutang.

Tanpa ada strategi, Encik Ali perlu tanggung hutang selama 7 tahun.
Dengan strategi snowball ni, Encik Ali hanya perlu selesaikan hutang dalam masa 4 tahun 6 bulan sahaja!

Anda teruja?

Sabar, ada strategi lain lagi.

Strategi #2 : Avalanche

Kalau Snowball susun dari baki terkecil, Avalanche pula selesaikan dari kadar faedah tertinggi.

Jenis HutangBaki
Hutang
Kadar
Faedah
Tahunan
(%)
Bayaran
Bulanan
Baki
Tempoh
Pinjaman
Kad KreditRM 5,00018RM2502 tahun
Pinjaman PeribadiRM 3,0008RM 1452 tahun
Pinjaman KeretaRM 45,0003.5RM 6677 tahun

Langkah-langkahnya sama sahaja seperti Snowball.

Mana satu lebih bagus?

Kalau ikut teori, mungkin Avalanche lebih cepat.
Tapi kalau ikut emosi, teknik Snowball lagi bagus.

Dan percayalah, tindakan kita ni kebanyakannya dipengaruhi emosi.
Teknik Snowball lebih digalakkan kerana ia dapatkan tingkatkan motivasi untuk terus berusaha tutup hutang. Mulakan dengan langkah kecil dulu.

Strategi #3 : Debt Consolidation

Nak mudah faham, ibarat gali lubang tutup lubang.
Buat hutang baru, untuk tutup hutang lama.

Strategi ni agak tricky dan berisiko.
Silap cara, lubang baru lagi besar daripada lubang lama.
Akhirnya terduduk di bucu dinding, termangu sendirian.

Saya kongsikan kisah Encik Imran (bukan nama sebenar).

Alkisahnya, beliau ada 5 jenis hutang. Komitmen nak bayar kesemua hutang tu setiap bulan, menyebabkan hidupnya cukup-cukup nafas je.

Alhamdulillah, nasibnya baik. Nilai semasa rumah yang diduduki, iaitu berdekatan dengan Bangi tanpa disedari naik dengan banyak. Awalnya beli dulu lebih kurang RM250,000 lebih. Dah lama juga beli rumah tu. Masa tu dah jadi RM600,000 lebih.

Beliau pun pergi ke bank untuk tanya pendapat berkenaan refinancing pinjaman rumah tu. Pegawai bank tu memang setuju sangat, sebab apa?

Perkara penting kena ambil tahu sebelum buat refinance :

  • Tempoh baki pinjaman akan reset semula (menjadi 30 tahun)
  • Bayaran bulanan menjadi lebih tinggi, bergantung kepada nilai semasa rumah
  • Peratusan pinjaman susah nak dapat 90%, biasanya 70%.

    *Sila rujuk pihak bank untuk tahu lebih lanjut

Dalam hal ini, beliau dapat cashback sehingga boleh tutup lagi 4 hutang tu terus! Ya, secara lump sum.

Walaupun komitmen hutang rumah meningkat, jika dibandingkan dengan komitmen 5 hutang tadi, kini beliau boleh lega bernafas. Boleh buat simpanan setiap bulan lagi.

Tak pening kepala.
Daripada kena fikir 5 hutang, sekarang tinggal satu hutang je.
Sebab tu orang kata, hutang rumah ni hutang baik.

Tak semua situasi bagus untuk buat refinance. Ia berbalik kepada objektif dan tujuan anda. Pastikan anda rujuk perunding kewangan berlesen supaya anda tidak tersalah langkah.

Bagi mereka yang ada banyak hutang kad kredit, ada lagi satu cara.

Gunakan hutang kad kredit kadar faedah 0%. Boleh baca artikel berikut (klik sini).

Kesimpulan Langsai Hutang

Setiap masalah ada penyelesaiannya dan setiap situasi berbeza juga pendekatannya. Yang penting, sama ada kita nak mulakan atau tidak. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan perunding kewangan berlesen atau mereka yang pakar untuk dapatkan maklumat lanjut.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker