Ekonomi

Jurang Pendapatan Yang Semakin Melebar

Pengagihan kekayaan antara benda yang penting dalam polisi ekonomi sesebuah negara. Pengagihan yang tidak sekata akan menyebabkan jurang kekayaan semakin ketara dan boleh menyebabkan berlakunya masalah-masalah sosial dan ketegangan diantara kelompok kaya dan miskin. Ianya boleh terjadi akibat daripada perasaan tidak puas hati antara kelompok kaya dan miskin.

Jika kita lihat datanya, pengagihan kekayaan di Malaysia memang tidak bersifat adil dan jumlah kekayaan negara banyak bertumpu di golongan atas sahaja.

Jumlah harta 10 orang terkaya di Malaysia bersamaan dengan 16.46% KDNK Malaysia. Untuk dibuat perbandingan, jumlah kekayaan 10 orang di US bersamaan dengan 3.6% nilai KDNK US. Indonesia mencatatkan 7.97% dan Jepun 2.1%. Singapura mencatatkan jurang pengagihan harta yang tidak adil lebih besar dari Malaysia. 10 orang terkaya di Singapura memiliki 18.32% kekayaan negara.

Sesuatu harus dilaksanakan dan kerajaan wajib untuk mencari jalan bagi menutup atau mengurangkan jurang ini.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker