Umum

“Jual Fgv Satu Pengkhianatan!”

Minggu ini, delegasi-delegasi parti-parti politik berkumpul sekitar ibu negara, Melaka dan Shah Alam untuk perhimpunan parti masing-masing. Bagi delegasi Parti Amanah Nasional (Amanah), Konvensyen Amanah Nasional 2019 memberi peluang kepada delegasi menyuarakan pandangan masing-masing dalam banyak isu rakyat terutama khabar angin pengambilalihan Felda Global Ventures (FGV) Berhad.

Justeru tidak hairanlah semasa membuat ucapan penggulungan Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah 2019, di Pusat Konvensyen Ideal Centre (IDCC), Shah Alam hari ini, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman menyifatkan jika usaha pihak ketiga itu diteruskan, ia bakal memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa akan datang. Beliau berkata, “Saya merayu pimpinan jangan sesekali beri laluan pada pihak ketiga mengambil alih FGV dan saya menyeru tanah FGV diberikan kepada Felda. Bagaimana air mata masyarakat Felda pada satu ketika dahulu, dan inilah perjuangan kita untuk mendapat sokongan masyarakat Felda. Saya tegaskan di sini, kalau ‘move’ (langkah) pihak ketiga ini berjaya, kerajaan PH akan dituduh pengkhianat kepada masyarakat Felda. Kita semua akan terima akibat buruk.”

Ucapan beliau merujuk kepada  khabar angin cubaan pengambilalihan FGV yang dibuat oleh jutawan Melayu terkenal, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dengan mendapatkan pegangan saham sebanyak 20% milik Felda. Menurut laporan The Edge, Tan Sri Syed Mokhtar dikatakan sudah berjumpa dengan beberapa wakil institusi kewangan untuk membiayai usaha pengambilalihan itu bernilai RM1 bilion.

Dalam ucapan sama, Datuk Mazlan turut mendakwa lembaga pengarah Felda akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad esok. Tambahnya, “Saya sudah menulis sepucuk surat kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Bakke Salleh untuk mempertahankan dan mengelakkan aset-aset ini dari jatuh ke tangan pihak ketiga berkenaan. Saya merayu kepada kepimpinan Tun Dr Mahathir untuk tidak membenarkan pihak ketiga ini mengambil alih FGV dan memulangkan kembali tanah kepada peneroka Felda.”

Sejak dilantik sebagai Pengerusi LPP pada Oktober 2018, beliau sudah mengingatkan kerajaan untuk memulangkan kembali tanah kepada peneroka-peneroka Felda. Tambahnya, “Tetapi sehingga ke hari ini, tiada apa yang berlaku dan sekarang saya mendapat tahu perbincangan untuk menjual saham FGV kepada pihak ketiga berkenaan.”

Persoalannya di sini, jika empunya badan menolak cubaan pengambilalihan oleh Tan Sri Syed Mokhtar, siapa pula yang sepatutnya mendapat? Apakah Datuk Mazlan mahu kelibat PPB Group dalam FGV? Atau Wilmar International yang sepatutnya menjadi pemain baru dalam syarikat? Yang pasti, pemegang saham majoriti FGV seharusnya Felda kerana ia milik Malaysia terutama warga Felda. Dan ia bukannya alat bagi pemain-pemain korporat tertentu meraih keuntungan segera dan menzalimi kebajikan peneroka-peneroka Felda!

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker