Global

Jerebu: Bolehkah ASEAN Mengambil Tindakan Terhadap Indonesia

Tanggapan orang ramai bahawa “ASEAN harus/boleh kenakan tindakan terhadap Indonesia” menunjukkan ramai tak faham tentang hubungan antarabangsa (IR).

Pertama sekali, ASEAN tidak mempunyai mekanisme untuk kenakan apa-apa tindakan terhadap sesebuah negara. Dalam IR, kita panggil ASEAN ni sebagai sebuah normative organization. Ia tidak mempunyai undang-undang untuk menghukum kesalahan negara yang jadi ahlinya, malah ia juga tidak mendefinisikan apa yang menjadi “kesalahan” bagi sesebuah negara.

Sebaliknya, ASEAN hanyalah sebuah platform bagi negara-negara serantau untuk berinteraksi berdasarkan norm (norma) yang dipersetujui. Dalam ASEAN, norma tu ialah “musyawarah” (consultation) dan “muafakat” (consensus). Sebelum nak buat apa-apa, kena bincang elok-elok dulu, lepas semua dah setuju sebulat suara, baru jalan.

Jadi, apa-apa perjanjian ASEAN adalah untuk menggalakkan kerjasama dan perbincangan, bukan untuk regulate dan punish, termasuklah perjanjian mengenai jerebu (ASEAN Agreement on Transboundary Haze Pollution). Perjanjian siap tahun 2002, tapi hanya sehingga 2014 baru Indonesia menandatangani ia. Perjanjian itu cuma menyarankan negara untuk bekerjasama menyelesaikan masalah jerebu, bukan untuk tackle negara yang dianggap sebagai “punca” jerebu.

Kedua, tak kira kat ASEAN atau EU atau UN, setiap pertubuhan antarabangsa ni ada dia punya “abang besar”. Abang besar UN ialah P5 (US, Rusia, China, UK, Perancis), abang besar EU ialah Perancis dan Jerman, abang besar ASEAN siapa? Tengoklah kat mana terletaknya Sekretariat ASEAN — jeng jeng jeng — Jakarta. Jadi macam mana sesebuah pertubuhan nak kenakan tindakan terhadap ahlinya yang mempunyai kedudukan paling penting?

Mengheret Indonesia ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)? Apa yang kita boleh harapkan daripada undang-undang antarabangsa? Name and shame? Denda? Adakah benda itu boleh selesaikan masalah? Sebagai negara berdaulat, sebenarnya Indonesia boleh je tak nak mematuhi keputusan ICJ (kalau ia mahu), lebih-lebih lagi kedudukan Indonesia sebagai kuasa serantau. Kalau jadi macam tu, apa yang negara pengadu boleh buat? Dalam IR, undang-undang hanyalah simbolik. “Power” barulah real.

Sebenarnya, nak salahkan kerajaan Indonesia 100% pun tak boleh juga, walaupun respon diorang kurang memuaskan. Isu jerebu adalah isu transnational yang melibatkan transnational actor seperti syarikat perladangan multinasional yang masih guna kaedah tebas dan bakar (slash and burn) untuk menjadikan hutan sebagai ladang. Transnational bermaksud diorang ni beroperasi merentas negara, jadi undang-undang negara sukar nak tackle diorang, dan “undang-undang perdagangan antarabangsa” yang sedia ada kadang lebih melindungi syarikat berbanding kepentingan negara.

Itulah limitasi undang-undang antarabangsa dalam IR. Jadi nak tak nak, diplomasi adalah penyelesaian yang lebih baik berbanding undang-undang, malah satu-satunya penyelesaian kepada isu jerebu. Berfikir dalam kerangka nasionalis dan menunding jari antara negara tidak akan menyelesaikan masalah. Sebaliknya, kita kena melihat ia sebagai masalah serantau yang transnational.

*Penafian: Tulisan ini merupakan ekspresi peribadi penulis dari sudut pandangan IR, tidak mewakili pendirian kerajaan Malaysia, dan penulis tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa komen yang provokatif.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker