Kewangan

Jenis-Jenis Takaful

Secara asasnya takaful boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu takaful am dan takaful keluarga. Anda boleh lihat jenis-jenis takaful dalam rajah di bawah.

Rasanya, kita semua sudah sedia maklum dengan takaful am melalui takaful motor yang wajib diambil setiap tahun. Produk takaful am ini lebih straightforward dan mudah difahami berbanding produk di bawah kategori takaful keluarga.

Dua produk yang biasa diambil dibawah kategori takaful keluarga adalah takaful hayat dan takaful perubatan & kesihatan.

Takaful Hayat

Takaful keluarga menawarkan faedah takaful hayat. Faedah takaful hayat akan diberikan dalam bentuk pampasan (sejumlah wang berdasarkan nilai caruman) kepada waris sekiranya pencarum meninggal dunia atau hilang upaya kekal (lumpuh).

Kita boleh menetapkan berapakah jumlah pampasan yang dimahukan bersesuaian dengan keperluan kita. Perkara ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab seterusnya.

Takaful Perubatan & Kesihatan

Ia lebih dikenali sebagai medical card dalam kalangan umum. Takaful perubatan akan menampung kos-kos berkaitan rawatan kesihatan yang semakin hari semakin meningkat seperti kos pembedahan. Mungkin ramai yang tidak tahu, walaupun kita boleh mendapatkan rawatan yang murah di hospital kerajaan, sejumlah wang tetap diperlukan untuk menampung kos rawatan. Misalnya kos rawatan ACL (biasanya pemain bola sepak atau futsal) adalah sekitar RM10,000-RM12,000 di hospital kerajaan.

Dalam artikel seterusnya kita akan belajar bagaimana memilih takaful perubatan yang terbaik.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker