Komentar

Jangan Kelirukan Rakyat Dengan Konsep Caj Kesesakan

1. Berdasarkan siaran media yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan Malaysia, beliau telah mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan pada 21 Jun 2019 telah mengeluarkan tawaean bersyarat untuk mengambil alih 4 lebuh raya – KESAS, SPRINT, LDP dan SMART dengan kos sebanyak RM6.2 Billion tertakluk kepada kelulusan Majlis Jemaah Menteri.

2. Rakyat juga telah dimaklumkan bahawa pengambilalihan lebuhraya ini juga akan digantikan dengan bayaran caj kesesakan. Namun yang demikian, saya khuatir bahawa Kuala Lumpur tidak bersedia dengan konsep caj kesesakan yang bakal dilaksanakan sekiranya pengambilalihan konsesi ini berjaya. Terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan dari konteks sistem pengangkutan awam Kuala Lumpur.

3. Perkara yang begitu jelas pada pendapat saya adalah walaupun konsesi kempat-empat lebuh raya ini akan tamat di antara tahun 2028 sehingga 2042, rakyat akan secara berterusan membayar caj kesesakan mungkin selama-lamanya. Adalah suatu yang pelik bilamana Menteri Kewangan menyatakan penjimatan kepada rakyat setelah pengambilalihan ini berlaku kerana rakyat akan kekal membayar caj kesesakan walaupun tarikh konsesi semua lebuhraya tamat sekiranya kita melihat dari konteks penjimatan.

4. Dari aspek konsep caj kesesakan pula, adalah tidak tepat sekiranya Menteri Kewangan menyatakan ingin mengenakan caj kesesakan kepada ke empat-empat lebuhraya ini kerana kesemua lebuh raya ini merupakan intra-city highway yang menghubungkan sesebuah bandar dengan bandar yang lain.

5. Konsep Caj kesesakan sepatutnya bertumpu kepada inner ring road yang melibatkan pintu-pintu masuk ke dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Kebiasaannya konsep caj kesesakan perlu berdasarkan kepada penentuan radius kilometer yang dirasakan sesuai untuk dikenakan caj kesesakan.

6. Saya berpendapat adalah perlu Menteri Pengangkutan yang mengambil alih tugas berkenaan hal ini dan Menteri Kewangan cuma perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai cost controller.

7. Dari aspek pengangkutan awam pula, sekiranya pengambialihan semua lebuhraya ini diteruskan, perlu diingat bahawa akan ada kesan kepada penggunaan pengangkutan awam kerana mereka yang bekerja sudah pasti akan melakukan perjalanan pada waktu puncak sahaja. Ini bermakna mereka perlu membayar caj kesesakan.

8. Keadaan ini pasti akan mewujudkan mode shift atau perubahan kelakuan perjalanan daripada penggunaan kenderaan persendirian kepada penggunaan pengangkutan awam. Malangnya, Menteri Kewangan juga yang mengumumkan pembatalan (atau pengangguhan) MRT 3 yang sepatutnya melengkapkan keseluruhan sistem MRT Bandaraya Kuala Lumpur. Keadaan ini bakal menjadikan perjalanan pengguna pengangkutan awam terutamanya pengguna MRT tidak lancar dan mereka perlu mengubah dari MRT ke mod pengangkutan awam yang lain untuk sampai ke destinasi mereka. Sila rujuk:

a.http://www.utusan.com.my/…/projek-mrt3-bernilai-rm45b-dibat…
b.https://www.thestar.com.my/…/govt-scraps-mrt-3-project-pm-…/ 
c.https://www.theedgemarkets.com/a…/scrapping-mrt3-saved-rm66b

9. Selain daripada itu, Menteri Kewangan juga mengumumkan penjimatan daripada pembangunan infrastruktur LRT 3 yang mengikut konsep laluan Kelana Jaya. Ia juga termasuklah pengurangan jumlah set keretapi daripada 42 6 koc kepada 22 set keretapi 3 koc sekaligus bakal menjadi mimpi ngeri bakal pengguna LRT 3 terutamanya yang membuat keputusan untuk tidak lagi memandu kerana tidak mahu membayar caj kesesakan yang bakal dikenakan ke atas ke empat-empat lebuh raya tadi. Bayangkan pengguna terpaksa bersesak dan berhimpit-himpit umpama tin sardine seperti yang kita alami di laluan kelana jaya pada waktu puncak hari ini. Sila rujuk:

a.http://www.utusan.com.my/…/bagaimana-kos-lrt3-dikurangkan-h… 
https://www.malaysiakini.com/letters/466134

10. Keadaan ini pasti memberi kesan buruk kepada negara terutamanya Bandaraya Kuala Lumpur dari aspek produktiviti. Pengguna pengangkutan awam bakal berhadapan dengan perjalanan yang memenatkan yang akan memberi kesan kepada tahap produktiviti mereka. Konsep caj kesesakan ini perlulah melalui satu proses yang tersusun dan terurus selain daripada mengambilkira keperluan untuk memastikan sistem pengangkutan awam berada di tahap yang memuaskan bagi memberikan pilihan kepada pengguna kenderaan persendirian untuk berhijrah menggunakan pengangkutan awam.

11. Selain itu saya juga ingin menyarankan supaya kementerian yang berkaitan mengambil tanggunjawab untuk memastikan konsep caj kesesakan ini dilaksanakan dengan betul dan tidak secara sembrono. Akhir sekali, saya juga menyeru kepada kerajaan supaya membuat penilaian semula pengambilalihan kesemua lebuhraya ini dan melihat kepada polisi yang lebih baik bagi memberi manfaat kepada rakyat terutamanya di dalam melengkap dan menambahbaik sistem pengangkutan awam bandar bagi menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam darat di Bandaraya Kuala Lumpur dan Lembah Klang.


Ditulis oleh: Wan Agyl Wan Hassan

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan MyTwoCents

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker