Umum

Islamkah PAS?

Oleh Hafizuddin Mizan

Tidak dinafikan akan banyaknya pujian apatah lagi kejian terhadap perjuangan PAS secara dasar mahupun kolektifnya. 

Kejatuhan Turki Uthmaniyah pada tahun 1924 telah menimbulkan kesedaran berperingkatbahawa perjuangan Islamisme takkan mampu menentang arus pemadam syiar tanpa sebuah jemaah bersatu padu dan kuat akar umbinya.

Bertitik tolak dari itu, maka tercetuslah revolusi kesepakatan pemikiran didalam satu jamaah seperti Ikhwān al-Muslimīn, Jamā’ati Islāmī dan Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Di dalam sejarah Tanah Melayu, PAS yang berasal daripada Hizbu al-Muslimīn cuba bangkit untuk memberikan kesedaran tersebut. 

Menyelak pelbagai tomahan, kejian dan tuduhan terhadap PAS yang sering berputar di media sosial seperti “Walauntat”, “Walauntit”, lebai, ” penunggang agama ” dan sebagainya.

Malahan acap kali dituduh sekadar mencetuskan sentimen perkauman dan menggunakan agama sebagai pencedok undi tanpa menyumbang apa-apa kepada negara, membuatkan saya tertarik untuk meneliti sejarah dan sumbangan PAS kepada Malaysia secara umumnya.

Apakah benar tindakan mereka tidak selari dengan dasar mereka? Ataupun PAS ni memang jaguh kampung semata-mata tanpa apa-apa jasa kepada Malaysia?

Atau mungkin si penuduh-penuduh ini sekadar mengumpul dosa sebelum berangkat ke Mahsyar? Hanya Allah Taala sahaja lah yang maha mengetahui yang tidak kelihatan. 

1) Sumbangan PAS dibawah kepimpinan  Dr Burhanuddin Al-Helmi

Hasil usaha Hassan Adli dan Abu Bakar Hamzah yang merupakan tokoh Dewan Pemuda PAS Pusat pada waktu itu (1956) yang membawa masuk Dr. Burhanuddin al-Helmi, seorang ulama intelektual Melayu berkarisma untuk menyertai dan memimpin PAS.

Parti ini telah berjaya memenangi pilihanraya umum kali kedua yang diadakan pada tahun 1959. Selain itu,  PAS juga telah menguasai Kelantan dan Terengganu serta menjadi pembangkang yang berkesan di Parlimen. 

Dr Burhanuddin Al-Helmy juga turut pernah dipenjarakan dari tahun 1936 hingga 1950 kerana kelantangan beliau memperjuangkan isu Maria Huberdina Hertogh (Natrah) pada ketika itu.

2) Sumbangan PAS dibawah kepimpinan Dato’ Mohd Asri Muda

Dato’ Mohd Asri Muda mengambil alih  pucuk kepimpinan parti daripada Dr. Burhanuddin al-Helmī pada tahun 1969 dan telah mencetuskan idea slogan kepimpinan ulama pada tahun 1982.

Tragedi 13 Mei 1969 telah memberikan tamparan hebat kepada pimpinan-pimpinan politik di negara ini dan mebawa arus perubahan yang ketara kepada landskap politik dan sosio-ekonomi negara dimana insiden perkauman didalangi politik berkepentingan ini telah meragut nyawa-nyawa yang tidak berdosa dan meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakyat.

Hasil penyertaan PAS didalam gagasan permuafakatan Politik Barisan Nasional yang dicetuskan Tun Abdul Razak pada tahun 1971, Kerajaan Pas telah memenangi kesemua 19 kerusi diatas tiket Barisan Nasional pada pilihan raya tahun 1974. Beberapa tokoh PAS, seperti Dato’ Mohd Asri Muda dan Mustafa Ali telah diberikan jawatan penting dalam kerajaan.

Bertitik tolak dari penyertaan Pas didalam barisan kepimpinan Kerajaan, perjuangan PAS didalam menegakkan syiar islam di Malaysia menjadi sejarah yang tidak ternafi. Diantara sumbangan-sumbangan Pas adalah: 

a)  Memperkenalkan kesenian Islam 

b) Menghapuskan arak dalam majlis rasmi kerajaan dan Parlimen. 

c)  Memperkenalkan kuliah-kuliah agama di

jabatan-jabatan kerajaan

d)  Badan-badan dakwah seperti YADIM dan PERKIM digerakkan. 

 e) Meningkatkan prasarana Pendidikan Islam

f)  Menanamkan semangat tauhid dan keimanan sebagai asas disiplin anggota tentera

g) Menambah rancangan bercorak Islam di radio dan televisyen 

h) Cadangan mewujudkan Maktab Perguruan Islam dan Bank Islam

3) Sumbangan PAS di Bawah Kepimpinan Dato’ Fadzil Mohd Noor

Legasi kepimpinan ulama Cemerlang  ini diteruskan oleh Dato’ Fadzil Mohd Noor Setelah Yusof Rawa meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Agung (Presiden) akibat masalah kesihatan pada 30 Mac 1989. Tiada siapa dapat melupakan akan betapa gigih dan sabarnya perjuangan Dato’ Fadzil Mohd Noor bersama sama PAS didalam usaha untuk memansuhkan Akta  Internal Security Act (ISA) yang merupakan akta keselamatan dalam negeri yang membenarkan  penahanan sesiapa sahaja yang disyaki selama 60 hari tanpa bicara. 

Diberikan bantuan kepada Ahli keluarga Mangsa yang teranaiya, menyuarakan isu ISA di segenap peringkat dan tidak lelah pergi dan pulang dari Bukit Aman bagi mempermudahkan rundingan pembebasan mangsa ISA. 

Kini Legasi Perjuangan Parti yang senantiasa meletakkan Islam sebagai batu asas perjuangan mereka telah diteruskan oleh Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang digambarkan oleh Mat Sabu yang merupakan Timbalan Presiden PAS pada waktu itu (Sekarang Pemimpin Amanah ) Sebagai seorang pemimpin berakhlak mulia yang faqih dengan pelbagai disiplin ilmu Islam, berkemampuan mengabung-jalinkan ilmu agama dan isu semasa serta dianugerahkan kemampuan berhujah dan berpidato yang baik. 

Begitulah serba ringkas sejarah sumbangan-sumbangan PAS sebagai parti kepada Tanah air tercinta yang sekiranya dilihat dari kerangka sejarah dan kronologi tindakan parti secara keseluruhan, telah meletakkan Islam diatas segala pengorbanan dan keputusan mereka. Tidak dinafikan PAS juga melakukan kesilapan tapi itu tidak bermakna kita boleh pukul rata semua hanya kerana ketaksuban ideologi. Saya bersangka baik bahawa segala tomahan itu mungkin cuma salah faham diatas ketidakfahaman mereka diatas sejarah Politik negara kita  sendiri. 

namun suka saya tegaskan bahawa seandainya kenyataan dan tindakan kamu terhadap   mana-mana pihak sekalipun  yang benar-benar ingin memperjuangkan islam  hanya kerana kamu bencikan agama kami,  berharap untuk menindas orang-orang islam di bumi bertuah ini dan menegakkan suatu pendirian jelas Betapa tidak redhanya kamu kepada Islam, maka ketahuilah bahawa junjungan Besar kami, Nabi Muhammad S.A.W telah pun mengingatkan kami bahawa akan orang-orang seperti kamu dan Tidaklah pejuang-pejuang ini akan gentar kepada kamu kerana yakinnya mereka akan janji Allah yang telah pun tercatat di dalam Al-Quran iaitu: 

يُرِيدُونَ أَنْ يُطْفِئُوا نُورَ اللَّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللَّهُ إِلَّا أَنْ يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ [التوبة : 32]

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai. (QS. At-Taubah [9] : 32)

Silakan dengan perjuanganmu. Jangan gentar. Allah itu adil. Mahkamah Mahsyar itu bukan sahaja untuk pejuang2 Agama Allah tapi untuk kamu juga nanti ~

1) . Dewan Ulama PAS Pusat (2009), op. cit., cetakan

pertama, h. 53.

2) Riduan Mohd Noor (2009), op.cit., cetakan kedua, h. 12

3) Riduan Mohd Noor (2009), op.cit., cetakan kedua, h. 132.

4) Dewan Ulama PAS Pusat (2009), op.cit., cetakan pertama, h. 60.

5) Rujuk riwayat Fadzil Mohd Noor di laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Fadzil_Mohd_Noor

6)  web http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Keselamatan_Dalam_Negeri_%28Malaysia%29

#Pecahan_tahanan_ISA

7)  Dewan Ulama PAS Pusat (2009), op.cit., cetakan pertama, h. 57, 71.

8) Riduan Mohd Noor (2005), op. cit., cetakan kedua, h. 65.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker