Polisi

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Akan Bermanfaat untuk Penduduk Johor Bahru

Bulan depan, Kerajaan Negeri Johor akan melancarkan fasa awal Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT). Projek pengangkutan awam Johor Bahru ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan, merangsang ekonomi setempat dan mengurangkan kos sara hidup di kawasan bandar Johor Bahru.

IMBRT dapat dimanfaatkan oleh 90% penduduk di sekitar Iskandar Malaysia. Untuk fasa pertama, sepanjang 51 km laluan bus telah dibina dengan dilengkapi stesen bas sebanyak 19 buah di Tebrau, 13 buah di Skudai dan 7 buah di Iskandar Putera.

Terdapat 3 jenis bas dengan kapasiti penumpang yang berbeza iaitu articulated 18m trunk bus, 12m bus direct route dan 8m feeder route. Sistem pengangkutan ini dilengkapi dengan sistem keselamatan seperti CCTV di dalam bas dan stesen bas. Setiap perjalanan bas akan dipantau oleh pusat kawalan untuk memastikan perjalanan setiap bas mengikut jadual yang ditetapkan.

Lebih 750 buah bas akan berkhidmat di sepanjang 51km laluan ini dengan sistem bayaran menggunakan tunai dan kad. Stesen-stesen IMBRT ini terletak di kawasan-kawasan perumahan utama untuk memudahkan pelanggan menggunakan akses pengangkutan ini. Untuk bas jenis trunk, laluan khas akan disediakan untuk memberi keutamaan kepada bas ini supaya dapat menyediakan perkhidmatan yang pantas. Masa menunggu akan menjadi lebih efisyen dengan selanggan bas setiap 10 hingga 15 minit untuk memastikan perkhidmatan ini berfungsi dengan lancar.

Untuk rekod, sistem Bus Rapid Transit (BRT) ini telah menunjukan peningkatan sebanyak 383% untuk 10 tahun sebelum ini. Sebanyak 165 buah bandar telah pun melaksanakan sistem pengangkutan ini dan 55 buah bandar lagi masih dalam fasa pembinaan. Antara bandar-bandar yang telah melaksanakan sistem pengangkutan ini ialah Jakarta, Guangzhou, New York, Paris dan Brazil.

Projek IMBRT ini telah dicadangkan semasa pemerintahan Kerajaan Negeri Johor di bawah pemerintahan Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin. Projek ini akan memberi kesenangan kepada rakyat Johor terutamanya yang tinggal di sekitar Iskandar Malaysia, Skudai dan Tebrau apabila siap dilancarkan pada bulan depan. Projek ini dijangkakan akan memberi limpahan ekonomi kepada kawasan sekitar Johor Bahru.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker