Polisi

Intipati Belanjawan 2020 : Sektor Kesihatan

Pembentangan Belanjawan 2020 menyaksikan sektor kesihatan jatuh satu anak tangga iaitu sektor ketiga tertinggi menerima peruntukan bagi 2020 berbanding tahun lepas. Kali ini, sektor kesihatan memperoleh peruntukan sebanyak RM30.6 bilion.

Berikut merupakan intipati belanjawan bagi sektor kesihatan :

  1. RM1.6 bilion : pembinaan hospital baru dan naik taraf hospital
  2. RM319 juta : pembinaan dan naik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kuarters
  3. RM227 juta : naik taraf peralatan perubatan
  4. RM95 juta : pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan
  5. RM60 juta : peruntukan bagi memulakan vaksinasi pneumokokal untuk kanak-kanak
  6. RM59 juta : pembelian ambulans baru melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO
  7. RM31 juta : naik taraf dan selenggara perkhidmatan ICT termasuk projek rintis Rekod Perubatan Elektronik
  8. RM5 juta : perkhidmatan klinik bergerak di luar bandar terutama di komuniti Orang Asli
  9. Perluasan skim MySalam dan PeKa B40

Perbandingan Initipati Belanjawan 2019 dan 2020

20192020
Bajet RM29 Bilion Bajet RM30.6 Bilion
RM10.8 bilion bagi kos membaik pulih hospital dan klinik serta pembelian ubat-ubatan dan kelengkapan RM1.6 bilion untuk pembinaan hospital baru dan naik taraf hospital
RM319 juta : pembinaan dan naik taraf klinik kesihatan dan pergigian serta kuarters
RM227 juta : naik taraf peralatan perubatan
RM95 juta : pengubahsuaian infrastruktur dan kemudahan perubatan
RM31 juta : naik taraf dan selenggara perkhidmatan ICT termasuk projek rintis Rekod Perubatan Elektronik
RM59 juta : pembelian ambulans baru melalui kerjasama dengan perkhidmatan ambulans NGO
RM5 juta : perkhidmatan klinik bergerak di luar bandar terutama di komuniti Orang Asli
RM50 juta bagi rawatan penyakit jarang jumpa (rare disease), rawatan virus Hepatitis C, program menangani masalah pertumbuhan bantut dikalangan kanak-kanak, saringan dan peluasan rawatan hemodialisis serta Enhanced Primary Healthcare (EnPHC) RM60 juta : peruntukan bagi memulakan vaksinasi pneumokokal untuk kanak-kanak
MySalam terhad kepada 36 penyakit kritikal dan had umur hanya sampai 55 tahun dengan jumlah pampasan RM8,000 dan elaun hospital RM50 sehari (maksimum 14 hari)

Hanya penerima BSH sahaja layak memohon skim ini.
MySalam akan diperluas kepada 45 penyakit kritikal termasuk penyakit terminal dan polio dan had umur dinaikkan menjadi 65 tahun.

Mereka yang berpendapatan lebih rendah RM100 ribu setahun juga layak memohon skim inin tetapi pampasan takaful hanya RM4,000 sahaja dan elaun harian RM50 sehari (maksimum 14 hari).
RM100 juta untuk pengenalan Skim Perlindungan Kesihatan (PEKA) dengan projek perintis pelaksanaan saringan kesihatan untuk golongan B40 , penerima BSH yang berumur 50 tahun keatas.Kelayakan Skim PeKa B40 diturunkan kepada umur 40 tahun
Sasaran ke arah Malaysia Bebas Asap Rokok pada tahun 2045 dengan memperluaskan kawasan larangan merokok merangkumi semua restoran atau kedai makanan yang akan diwartakan

Secara keseluruhan, belanjawan kali ini lebih memfokuskan untuk memantapkan khidmat dan infrastruktur kesihatan di sektor awam. Ini adalah suatu yang positif kerana dapat membendung kenaikan kos perubatan dengan adanya permintaan dan pembekalan yang seimbang di peringkat sektor awam.

Walaupun begitu, kita lihat kurangnya inisiatif kerajaan untuk langkah pencegahan dalam kesihatan . Dalam belanjawan kali ini ada satu iaitu program vaksinasi penumokokal untuk kanak-kanak. Seperti mana kita tahu, kos untuk pencegahan sebenarnya lebih murah berbanding kos untuk perubatan. Sepatutnya kerajaan perlu banyakkan lagi program-program untuk pencegahan penyakit seperti ini.

Antara salah satu program pencegahan yang telah dijalankan adalah kempen kawasan larangan merokok. Nampak gayanya untuk belanjawan kali ini, program tersebut dipandang sepi. Tidak seperti skim MySalam dan PeKa B40, walaupun pelaksanaannya sangat lemah tapi tetap diteruskan pada tahun hadapan.

Baca Artikel : Reviu Inisiatif Belanjawan 2019 (Kesihatan)

Skim PeKa B40 yang sedia lemah itu pun tiada pembaharuan yang dibuat. Sebenarnya penurunan umur kelayakan pemohon kepada 40 tahun telah dilaksanakan pada Ogos 2019 lagi oleh kerana menyedari penerima BSH yang berumur lebih 50 tahun hanya 40,119 orang sahaja. Sedangkan jumlah yang disasarkan 800,000.

Selain itu, Menteri Kewangan juga ada menyebut perkara berikut semasa pembentang belanjawan baru-baru ni ,

“Kerajaan juga akan menganjurkan Tahun Pelancongan Kesihatan Malaysia 2020 sebagai mengisi program VMY2020 untuk memperkukuh kedudukan utama Malaysia sebagai destinasi pelancongan perubatan di rantau ini.

Pelancongan perubatan adalah sektor yang berkembang pesat di Malaysia,
di mana ia telah meningkat 17 peratus setiap tahun dari 2015 hingga 2018.

Pada tahun 2018, sektor ini telah menjana pendapatan RM1.5 bilion daripada 1.2 juta pelancong kesihatan. Untuk mempromosikan lagi pelancongan kesihatan, Kerajaan akan memperuntukkan >>RM25 juta kepada Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan kesihatan di ASEAN untuk onkologi, kardiologi dan rawatan kesuburan “

Bila bercakap pasal pelancongan perubatan, pasti kita akan terbayang Pusat Perubatan Prince Court. Mana tidaknya, PPMC merupakan salah satu 10 Hospital Terbaik Dunia dalam pelancongan perubatan. Ironinya, aset yang dikatakan bukan kegunaan rakyat ini telah pun bertukar milik kepada IHH yang pemegang terbesarnya adalah Japan’s Mitsui & Co Ltd .

Secara jujurnya, intipati belanjawan bagi sektor kesihatan ni masih tidak setimpal dengan jumlah bajet yang telah diperuntukkan. Diharapkan kerajaan dapat memberikan penerangan yang jitu agar rakyat boleh terus meletakkan keyakinan kepada kerajaan.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker