Polisi

Insentif E-dompet RM30, Wajarkah Kerajaan Promosikan ?

Menurut laporan kajian Nielsen pada Januari tahun ini mendapati penerimaan e-Dompet di kalangan rakyat Malaysia masih rendah iaitu hanya 8 peratus.

Oleh itu, dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, kerajaan telah merangka inisiatif bagi meningkatkan penggunaan e-dompet dikalangan rakyat Malaysia dengan menawarkan insentif secara one-off bernilai RM30 kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100 ribu.

Adalah juga insentif untuk golongan M40.

Apa yang diperlukan hanyalah daftar akaun e-dompet melalui penyedia perkhidmatan yang terpilih dan boleh tebus insentif tersebut bermula 1 Januari 2020 dan akan tamat pada 29 Februari 2020. Syarikat apa yang terpilih itu kita sama-sama nantikan.

Untuk pengetahuan anda, dalam Malaysia kini sudah mempunyai lebih daripada 44 peserta dalam sektor e-dompet seperti TNG e-Wallet, GrabPay, CIMB Pay, Boost, BigPay, Aeon Wallet, fave Pay, Samsung Pay, Alipay dan Razerpay.

Sebelum wujudnya lagi insentif ni, syarikat-syarikat penyedia e-dompet ni telah pun menawarkan pelbagai insentif bagi menarik minat pengguna menggunakan e-dompet mereka masing-masing.

Contohnya, BigPay menawarkan insentif RM10 bagi sesiapa yang daftar dan aktifkan kad BigPay menggunakan kod rujukan mana-mana pengguna (contoh kod : W4R565KC3A). Bukan itu sahaja, jika orang lain juga daftar menggunakan link rujukan anda, RM10 akan dikreditkan bagi setiap pengguna yang berjaya daftar dan aktifkan kad atas kod rujukan anda.

Contoh lain aplikasi Setel (Petronas). Anda daftar dan masukkan kod rujukan (contoh : kj6c), perujuk akan dapat RM5, pendaftar baru pun akan dapat RM5.

Ada macam-macam lagi promosi yang dijalankan bagi setiap syarikat. Itu yang menjadi tanda tanya, kenapa kerajaan perlu mempromosikan bagi pihak lain? Kerajaan sepatutnya boleh menggunakan dana RM450 juta ini untuk hal lain.

Jika mahu merangsang industri e-dompet sekalipun, mungkin kerajaan boleh anjurkan satu program yang mengumpulkan semua penyedia perkhidmatan e-dompet dan biarkan mereka bersaing di padang mereka sendiri.

Kaedah lain, kerajaan boleh mengadakan kempen dengan menggalakkan peruncit-peruncit kecil menyediakan alat pengimbas kod e-dompet. Bila kedai-kedai runcit pun dah ada benda ini, secara tak langsung masyarakat tempatan pun akan berubah ke arah itu.

Masalah lain akan timbul bila kerajaan dah pilih salah satu syarikat untuk inisiatif ini, ia akan mewujudkan ketidakseimbangan. Contoh yang dah berlaku kita boleh lihat dalam isu FoodPanda dan Gojek.

Dalam hal Gojek, bilamana menteri sibuk mencanang aplikasi tersebut bakal mengganti peluang pekerjaan yang djanjikan, akan timbul isu bagaimana pula dengan aplikasi yang lain? Kenapa tidak dipromosikan sekali seperti syarikat Dego Ride yang merupakan syarikat tempatan ?

Ada sesetengah perkara kerajaan boleh masuk campur seperti hal konsesi syarikat yang menjadi keperluan rakyat. Ini kerana untuk mengelakkan harga perkhidmatan syarikat konsesi tidak melambung naik kerana permintaan yang tetap. Penulis melihat tidak dalam perkhidmatan e-dompet, industri ini boleh dibentuk secara sendirinya dengan persaingan yang sihat.

Persoalan seterusnya, syarikat mana yang bakal terpilih sebagai penyedia insentif ini ?

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker