Isu Semasa

Industri Bapa Gula (Faham-Faham Sajalah)

Tularnya maklumat mengenai SugarBook menunjukkan jurang pemahaman sosial antara rakyat Malaysia. Ternyata umat Islam berpegang kepada syariat bahawa zina bukanlah hubungan semata-mata. Bahawasanya seorang perempuan keluar dengan seorang lelaki hanya untuk tujuan teman pun bagi Islam sudah lain bunyinya. Namun bagi bukan Islam, itu ialah hak asasi dimana hubungan syahwat yang berdiri di atas sukarela pun tidak bermasalah. Kali ini perbincangan tidak akan dibuka mengenai hukum. Namun memandang isu ini sedang menular, industrinya harus dikupaskan.

SugarBook bukanlah pemain industri tunggal dalam perniagaan emosi/tubuh ini. Terminologi-terminologi seperti bapa gula/ibu gula/bayi gula (disaringkan untuk elakkan masalah tapisan) sudah sekian lama bermain dalam paparan Internet. Maksudnya mudah – pertukaran manfaat materialistic bersama teman yang biasanya melibatkan hubungan bawah selimut. Pembayar pun selalunya kaya-raya dan lebih tua.

Di Barat, amalan ini sudah biasa. Pada tahun 2015, sebuah laman web mendakwa menaungi 1.4 juta pelajar. 36% daripada “hadiah” diterima perempuan dibelanjakan untuk pembiayaan universiti. Manakala 23% lagi pula untuk sewaan. Selebihnya dibelanjakan pada buku-buku, pengangkutan dan pakaian. Maka bagi pelajar, ini ialah suatu alternatif tidak bermoral yang menjaminkan kemudahan. Untuk bapa gula, biasanya laman web akan meletakkan harga yang percuma untuk bayi gula. Apa-apa yang berlaku semasa “sesi” adalah antara dua pihak, yang laman web tidak berhak pun untuk tahu.

Namun pada 11 April 2018, Dewan Senat telah meluluskan rang undang-undang yang menggugatkan kewujudan laman-laman web ini. Banyak yang ditutup, seperti Established Men dan Ruby Corp. Cara hidup ini pun sangat mudah untuk peserta, kerana tidak langsung melibatkan komitmen. Hanya keperluan dan kehendak bertemu, yang mana kesunyian dipecah dengan keanggunan dan harta disalurkan untuk permintaan.

Jika ribuan dibelanjakan, takkan tiada habuan daripada bayi gula selain berbual-bual sahaja? Jadi secara ekonominya, perbuatan ini meruncing kepada risiko penyakit-penyakit kelamin yang memerlukan perbelanjaan tinggi untuk mengawalnya.

Akses kepada kemudahan ini juga terhad, dimana piawaian kerajaan pun mungkin penuh dengan tanda tanya: apakah yang membuatkan gadis cantik 20-an mempunyai jangkitan herpes di tempat yang tidak sepatutnya? Dan alasan “duduk di atas jamban tercemar” sudah tidak lagi relevan, kerana pemeriksaan kesihatan (yang menelankan perbelanjaan kerajaan juga) akan mendedahkan realiti sebenar.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker