Ekonomi

Indeks Harga Pengguna (IHP) Meningkat 1.1% Pada September 2019

Indeks Harga Pengguna (IHP) telah meningkat sebanyak 1.1 peratus pada September 2019 kepada 121.8 berbanding 120.5 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Peningkatan indeks keseluruhan ini berpunca daripada kenaikan indeks Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.7%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.4%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.2%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (2.1%)

IHP kekal pada 121.8 berbanding bulan Ogos 2019. Sementera itu, IHP bagi suku tahun tahun ketiga 2019 meningkat 1.3 peratus kepada 121.7 berbanding 120.1 pada suku tahun yang sama sebelumnya. Faktor kenaikan ini didorong oleh indeks Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaran Isi Rumah (2.9%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.4%) dan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.3%). Bagi perbandingan suku tahunan, IHP meningkat 0.3 peratus berbanding suku tahun kedua 2019.

Apa yang dimaksudkan dengan IHP? Baca di sini.

Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol meningkat 2.2 peratus pada September 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini didorang oleh kenaikan subkumpulan Sayur-sayuran (2.6%), Susu & Telur (2.6%) dan Daging (2.0%).

Antara indeks barangan yang menunjukkan peningkatan harga di kebanyakan negeri adalah Bawang Putih (17.9%), Kerang (14.4%), Halia (10.6%) dan Kacang Buncis (10.5%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 3.2 peratus pada September 2019 berbanding September 2018. Kenaikan harga bagi Burger dan Makanan Laut selain Ikan telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagai subkumpulan ini.

Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Lima negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.7%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.5%), Pulau Pinang (1.5%), Johor (1.2%) dan Perak (1.2%) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP negara sebanyak 1.1 peratus pada September 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Kenaikan tertinggi telah direkodkan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (3.9%) diikuti oleh Johor (2.6%), Pulau Pinang (2.6%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.5%). Peningkatan ini adalah melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan September 2019.

Indeks Teras

Indeks teras meningkat 1.5 peratus pada September 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.7%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%) dan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaran Isi Rumah (2.1%).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker