Ekonomi

Indeks Harga Pengguna (IHP) Bulan Oktober

Indeks Harga Pengguna (IHP) telah meningkat sebanyak 1.1 peratus pada bulan Oktober 2019 kepada 122.0 berbanding 120.7 pada bulan Oktober tahun lepas. Faktor utama kepada kenaikan indeks IHP berpunca daripada peningkatan indeks Minuman Alkohol & Tembakau (2.2%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.2%), Pendidikan (1.9%) dan Makanan & Minuman Bukan Alkohol (1.8%)

Bagi perbandingan bulanan, IHP meningkat 0.2 peratus kepada 122.0 berbanding bulan September 2019. Kenaikan ini didorong oleh peningkatan indeks untuk Komunikasi (1.6%), Pengangkutan (0.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.1%), Kesihatan (0.1%) dan Pendidikan (0.1%)

Sambil itu, IHP sepanjang bulan Januari hingga Oktober 2019 meningkat 0.6 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol telah meningkat 1.8 peratus pada bukan Oktober 2019 berbanding bulan yang sama tahun lepasnya. Peningkatan ini disumbang oleh kenaikan subkumpulan Susu & Telur (2.3%), Ikan & Makanan Laut (1.4%), Buah-Buahan (1.4%) dan Keluaran Makanan yang tidak dikelaskan di mana-mana (1.4%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 2.9 peratus pada bulan Oktober 2019 berbanding Oktober 2018. Jenis makanan seperti Ayam Goreng, Burger dan Makanan Laut selain ikan telah mencatatkan peningkatan harga. Setelah itu, mendorong kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Tiga negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1.3%), Pulau Pinang (1.3%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.2%) telah menunjukkan peningkatan IHP melebihi paras nasional iaitu 1.1 peratus pada bulan Oktober 2019 berbanding bulan yang sama sebelumnya.

Semua negeri telah mencatatkan kenaikan bagi Indeks Kumpulan Makanan &Minuman Bukan Alkohol. Johor telah mencatatkan peningkatan tertinggi bagi indeks ini sebanyak (2.5%) diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.4%), Pulau Pinang (2.1%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.0%). Peningkatan ini adalah melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan &Minuman Bukan Alkohol bagi bulan Oktober 2019.

Indeks Teras

Indeks teras telah meningkat sebanyak 1.4 peratus pada Oktober 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Faktor utama yang menjadi pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.1%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas, & Bahan Api Lain (2.0%)             Indeks teras meliputi barangan tidak termauk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker