Ekonomi

Indeks Harga Pengguna (IHP) Bulan Ogos

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Ogos 2019 telah meningkat ke 121.8 berbanding 120.0 pada bulan yang sama untuk tahun lepas. Kenaikan indeks keseluruhan berpunca daripada kenaikan indeks Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaran Isi Rumah (3.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.6%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.5%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.3%) dan Komunikasi (2.2%).

Bagi perbandingan bulanan, IHP telah merekodkan kenaikan sebanyak 0.2% berbanding bulan Julai 2019. Puncanya kenaikan disebabkan oleh Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api lain (0.5%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (0.5%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.2%), Kesihatan (0.2%) dan Restoran & Hotel (0.2%). Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2019 mencatatkan peningatan sebanyak 0.5% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol

Indeks kumpulanMakanan & Minuman Bukan Alokoholmenunjukkan peningkatan 2.6 peratus pada Ogos 2019 berbanding tempoh masa yang sama pada tahun sebelumnya. Peningkatan ini didorong oleh kenaikan subkumpulan Susu & Telur (3.4%), Sayur-sayuran (3.2%) dan Buah-Buahan (1.7%)

Antara indeks barangan yang menunjukkan kenaikan harga di kebanyakan negeri adalah Bawang Putih (16.3%), Cili Hijau (15.2), Tomato (14.5%), Kerang (14.1%), Yoghurt (13.7%), Cili Merah (13.3%) dan Kobis Bulat (11.7%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 4.4 peratus pada Ogos 2019 berbanding Ogos 2018. Kenaikan harga bagi Burger, Ayam Goreng, Pizza dan Makanan Laut selain ikan telah menyumbang kepada kenaikan indeks bagi subkumpulan ini.

Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.4%), Pulau Pinang (2.0%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.8%) dan Perak (1.6%) menunjukkan peningkatan melepasi paras nasional IHP sebanyak 1.5% pada Ogos 2019 berbanding Ogos 2018. Sementara itu, Negeri Sembilan menunjukkan kenaikan pada paras yang sama dengan IHP Nasional.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Kenaikan tertinggi telah direkodkan oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.7%), Pulau Pinang (3.1%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.9%) dan Perak (2.7%). Kenaikan ini adalah melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan Ogos 2019.

Indeks Teras

Indeks teras meningkat 1.5% pada Ogos 2019 berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya. Antara kumpulan utama yang bertindak sebagai pendorong kepada kenaikan ini adalah kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggara Isi Rumah (3.2%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (3.1%), Pelbagai Barangan & Perkhidmatan (2.5%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.3%) dan Komunikasi (2.2%).             Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga dikawal.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker