Ekonomi

Indeks Harga Pengguna (IHP) Bulan Julai 2019 Meningkat 1.4%

Indeks Harga Pengguna (IHP) pada bulan Julai 2019 meningkat sebanyak 1.4% berbanding Julai tahun lepas. Indeks meningkat sebanyak 121.5 daripada 119.8 pada bulan yang sama tahun lepas. Kenaikan IHP dipengaruhi oleh kenaikan indeks Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.3%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (2.4%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.4%), Minuman Alkohol & Tembakau (2.3%) dan Komunikasi (2.1%).

Manakala perbandingan bulanan, IHP mencatatkan peningkatan sebanyak 0.1% berbanding bulan Jun 2019. Faktor utama yang mendorong kenaikan ini adalah Makanan & Minuman Bukan Alkohol (0.3%), Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (0.2%) dan Pengangkutan (0.2%). Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari – Julai 2019 merekodkan peningkatan sebanyak 0.3% berbanding tempoh yang sama untuk tahun sebelumnya.

Indeks Subkumpulan Makanan dan Minuman bukan Alkohol

Indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol menunjukkan peningkatan sebanyak 2.4% pada julai 2019 berbanding bulan yang sama tahun lepas. Kenaikan ini berpunca daripada kenaikan subkumpulan Sayur-sayuran (4.7%), Kerang (14.6%), Salad Bulat (14.4%), Yoghurt (13.9%), dan Cili Burung (12.7%).

Selain itu, terdapat beberapa barangan menunjukkan peningkatan harga barang di kebanyakan negeri seperti Cili Merah (21.8%), Cili Hijau (16.3%), Kobis Bulat (15.1%), Kerang (14.6%), Salad Bulat (14.4%), Yoghurt (13.9%), dan Cili Burung (12.7%).

Indeks Makanan di Luar Rumah meningkat 4.4% pada Julai 2019 berbanding bulan lepas dengan kenaikan seperti Burger, Ayam Goreng, Pizza dan Makanan Laut selain ikan menjadi pemangkin kepada kenaikan indeks untuk subkumpulan ini.

Indeks Harga Pengguna Mengikut Negeri

Empat negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (2.2%), Pulau Pinang (2.1%), Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (1.7%) dan Johor (1.5) menunjukkan kenaikan melepasi paras IHP nasional iaitu sebanyak 1.4% untuk bulan ini. Disamping itu, Negeri Sembilan dan Perak mencatatkan IHP yang sama dengan IHP nasional.

Semua negeri mencatatkan peningkatan bagi indeks kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol. Antara negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (4.4%), Pulau Pinang (3.0%), Johor (2.7%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6%) dan kenaikannya melebihi paras indeks nasional kumpulan Makanan & Minuman Bukan Alkohol bagi bulan Julai 2019.

Indeks Teras

Indeks teras meningkat 2.0% pada Julai 2019 berbanding bulan yang sama tahun lepas. Antara kumpulan yang menjadi faktor kepada kenaikan adalah kumpulan Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (3.3%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (3.1%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (2.4%) dan Komunikasi (2.1%).

Indeks teras meliputi barangan tidak termasuk item makanan segar dengan harga paling tidak menentu serta barangan dan perkhidmatan harga yang dikawal.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker