Fakulti Ekonomi

Indeks Harga Pengguna (CPI)

Indeks Harga Pengguna , IHP (Consumer Price Index, CPI) adalah indeks yang digunakan untuk ukur purata harga bakul barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh isi rumah dalam satun tempoh yang telah ditetapkan.

Apakah bakul barangan dan perkhidmatan ?

Walaupun secara literalnya maksud IHP merujuk kepada barangan dan perkhidmatan, tapi tak semua barangan dan perkhidmatan diambil kira.

Oleh itu, ada klasifikasi yang telah menetapkan barangan dan perkhidmatan tertentu sahaja diambil kira untuk mendapatkan nilai IHP. Inilah yang dipanggil bakul barangan dan perkidmatan.

Sebelum tahun 2006, senarai bakul barangan dan perkhidmatan IHP berpandukan kepada Classification of Household Goods and Services (CHGS) yang terdiri daripada sembilan kelas utama.

Manakala selepas 2006, item telah dikelaskan berpandu kepada Classification of Individual Consumption According to Purpose (COICOP) dengan dua belas kumpulan utama seperti berikut :

  1. Makanan dan Minuman Bukan Beralkohol
  2. Minuman Beralkohol dan Tembakau
  3. Pakaian dan Kasut
  4. Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain
  5. Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah
  6. Kesihatan
  7. Pengangkutan
  8. Komunikasi
  9. Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan
  10. Pendidikan
  11. Restoran dan Hotel
  12. Pelbagai Barang dan Perkhidmatan

Kenapa IHP Penting ?

IHP ni tak popular seperti kadar inflasi yang orang awam lebih kenal. Kalau anda kenal kadar inflasi bagus. Sebabnya, nak dapatkan kadar inflasi kena tahu terlebih dahulu nilai IHP.

Formula kadar inflasi :

*CP1 : IHP tahun sebelumnya
**CP2 : IHP tahun semasa

Baca : Bagaimana Inflasi Boleh Berlaku

Selain itu, bacaan IHP juga digunakan untuk :

  • Anggar kos sara hidup semasa
  • Indikator menilai prestasi ekonomi
  • Pembentukan dasar kewangan dan fiskal
Video Memahami Indeks Harga Pengguna Malaysia

Bagaimana Nak Kira IHP ?

IHP dkira dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa.

Formula IHP :

Sebenarnya agak rumit untuk kira nilai IHP kerana kita kena tahu data perubahan harga bagi setipa item yang terkandung dalam klasifikasi COICOP.

Sebagai orang awam biasa yang cuba nak memahami ekonomi, penulis rasa lebih penting untuk fahamkan dan ambil tahu perubahan yang berlaku dalam tahun semasa berbanding tahun sebelumnya.

Contohnya seperti berikut :

Sumber : Berita Harian

Kadar Perubahan

Bagaimana peratusan ni diperoleh ?

Indeks harga pengguna – indeks harga pengguna sebelumnya = Perubahan mata indeks

Contohnya dalam berita yang dipaparkan diatas :

121.8 – 120.0 = 1.8

Perubahan mata indeks / indeks sebelumnya x 100 = Perubahan peratus

(121.8 – 120.0)/121.8.3 x 100 = 1.5%

Peratusan meningkat ni bagus atau tidak ?

Dalam hal ini, kita kena ambil kira di pihak kerajaan, perniagaan dan rakyat iaitu pengguna.

Secara literal, kerajaan dan peniaga nampak kenaikan peratusan IHP adalah bagus kerana ia tanda rakyat masih boleh berbelanja dan terus menyumbang kepada aliran ekonomi.

Manakala pada perspektif seorang rakyat marhaen, ia membebankan kerana rakyat perlu berbelanja lebih untuk kekalkan gaya hidupnya sebelum ini.

Tambahan, data yang diperoleh untuk kira nilai IHP ini adalah tidak mewakili semua jenis latarbelakang hidup. Video di bawah ini sangat bagus dalam menerangkan hal ini. Semoga bermanfaat.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker