Ekonomi

Indeks Harga Pengguna Bulan Jun 2019

Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat sebanyak 1.5% pada bulan Jun 2019 berbanding bulan Jun 2018. Manakala, peningkatan IHP direkodkan sebanyak 0.2% pada bulan Jun berbanding pada bulan Mei tahun ini.

Beberapa indeks kumpulan utama seperti Hiasan Perkakasan & Penyelenggaraan Isi rumah (+3.1%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+2.7%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.3%) dan Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Apa Lain (+2.3%) telah meningkat pada bulan Jun 2019 berbanding dengan bulan Jun pada tahun lepas.

Sementara itu, indeks bagi komponen seperti Perumahan, Air, Elektrik, Gas & Bahan Api Lain (+2.0%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+1.5%), Minuman Alkohol & Tembakau (+1.5%) dan Pendidikan (+1.3%) telah menunjukkan peningkatan pada bulan Jun berbanding bulan Mei yang lepas pada tahun yang sama.

Manakala untuk subkumpulan Makan dan Minuman bukan alkohol telah meningkat sebanyak 2.3% pada Jun 2019. Faktor yang mendorong pada kenaikan ini disebabkan oleh Cili Merah (+40.5%), Timun (+37.7%), Cili Hijau (+22.7%), Cili Burung (+23.3%), Yoghurt (+13.9%), Kerang (13.8%) dan Tomato (12.6%)

Tambahan pula, indeks makanan di Luar Rumah meningkat sebanyak 4.2% pada Jun 2019 berbanding Jun 2018. Kenaikan harga seperti burger, ayam goreng, pizza dan makanan laut selain ikan telah memyebabkan kenaikan bagi subkumpulan ini.

Terdapat 3 buah negeri yang merekodkan peningkatan IHP melebihi paras nasional iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (+2.2%), Pulau Pinang (+2.2%) dan Selangor & Wilayah Persekutuan Putrajaya (+1.7%). Dalam masa yang sama, negeri Perak dan Johor merekodkan kenaikan pada paras yang sama dengan IHP nasional sebanyak 1.5%. Semua negeri menunjukkan peningkatan untuk subkumpulan Makanan & Minuman bukan Alkohol.

Indeks teras meningkat sebanyak 1.9% pada Jun 2019 berbanding bulan yang sama pada tahun lepas. Kumpulan utama seperti Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan Isi Rumah (+3.1%), Makanan & Minuman Bukan Alkohol (+2.3%), Perkhidmatan Rekreasi & Kebudayaan (+2.7%) dan Komunikasi (+2.1%) telah menjadi faktor utama menyumbang kepada indeks teras ini.

Sumber
Jabatan Perangkaan Negara. (2019, Julai 24). Indeks Harga Pengguna Jun 2019.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker