Berita

IMF Kagum Perkembangan Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde kagum dengan perkembangan ekonomi Malaysia dan berharap ekonomi negara ini terus berkembang kukuh.

Beliau yang dalam lawatan rasmi ke Malaysia bermula semalam itu juga memuji langkah kerajaan dalam menangani rasuah dan memantapkan tadbir urus serta berharap lebih banyak pencapaian dicapai Malaysia pada masa depan dalam menangani rasuah.

“Kami gembira melihat Bajet 2019 (Malaysia) kembali semula kepada disiplin fiskal dalam usaha memastikan negara membina semula penampan dalam berdepan cabaran mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatannya ke Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.Hadir sama, Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Mengenai tinjauan ekonomi Malaysia bagi 2019, Lagarde berkata, pihaknya mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sederhana 4.5 peratus berikutan perang perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China.

Beliau berkata, Malaysia sebagai ekonomi terbuka dan termasuk dalam rantaian bekalan global akan turut menerima tempias kesan perang perdagangan itu.

Dalam lawatan rasmi ke Malaysia itu, Lagarde akan bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Mengenai pertemuan dengan Dr Mahathir, Lagarde berkata, beliau akan berkongsi pandangan IMF mengenai dasar fiskal dan monetari.

Selain itu, beliau juga akan bertukar pandangan dengan Perdana Menteri berkenaan usaha Malaysia dalam menangani rasuah dan agenda tadbir urus.

Sumber: Berita Harian

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker