Polisi

Hutang Negara dan Bon Samurai

Dalam Belanjawan 2020, Kerajaan Persekutuan berhasrat untuk menerbitkan satu lagu Bon Samurai dengan kadar yang lebih rendah iaitu pada kadar 0.5% berbanding Bon Samurai Pertama iaitu pada kadar 0.63%

Namun, kerajaan masih belum mengumumkan nilai prinsipal, kadar faedah dan tempoh matang Bon Samurai kedua ini.

Bacaan berkaitan: Ringgit, Yen dan Bon Samurai

Untuk rekod, hutang langsung Kerajaan Persekutuan telah meningkat sebanyak RM 771 billion berbanding RM 686 billion pada 10 Mei 2018. Dalam masa yang sama, hutang langsung yang diterbitkan dari luar negara telah meningkat kepada RM 29.2 billion daripada RM 21.5 billion pada tahun lepas.

Peningkatan nilai ini berpunca daripada Bon Samurai yang diterbitkan oleh kerajaan melalui Japan Bank of International (JBIC). Kerajaan Malaysia telah mengisukan bon berjumlah RM 7.34 billion atau 200 billion Yen dengan tempoh matang selama 10 tahun. Kadar yang dikenakan adalah sebanyak 0.63% atau 1.26 juta Yen atau lebih kurang RM 34 juta setahun.

Walaubagaimanapun, Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 menetapkan had siling untuk pinjaman luar negeri adalah sebanyak RM 35 billion. Setakat ini, nilai pinjaman luar negeri masih di bawah paras siling iaitu RM 29.2 billion.

Keburukan kerajaan menerbitkan hutang dengan matawang selain daripada Ringgit Malaysia adalah tukaran matawang. Sekiranya, matawang YEN meningkat berbanding Ringgit Malaysia. Nilai prinsipal dan kadar faedah akan meningkat. Seterusnya meningkatkan bebanan kerajaan untuk membayar hutang luar negara ini. Boleh disini untuk menilai sama ada bon samurai adalah satu langkah bijak: Adakah Meminjam Daripada Jepun Satu Langkah Bijak

Pecahan hutang negara sekarang ini adalah seperti berikut;
Hutang langsung kerajaan – RM 771 billion
Jaminan kerajaan – RM 189.5 billion
Liabiliti lain (PFI) – RM 181.7 billion

Keseluruhan hutang negara telah meningkat sebanyak RM 1.17 trillion sekarang ini berbanding pada akhir tahun 2018 iaitu RM 1.09 trillion.

Sumber
Kementerian Kewangan Malaysia. (2019). Perangkaan Penting dan UnjuranKementerian Kewangan Malaysia. (2019). Seksyen 4: Pengurusan Hutang.
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker