Isu Semasa

Hutang Bukanlah Malapetaka – Tok Pa

Datuk Seri Mustapha Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet mengatakan bahwa hutang bukanlah semestinya sesuatu yang buruk kerana kesemua negara berhutang dalam Ruang Bicara: Naratif Rakyat.

Lebih mesra dikenali sebagai Tok Pa, beliau juga mengatakan bahawa Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam pembayaran hutang.

“Berhutang adalah normal. Negara lain seperti US juga berhutang, ini (berhutang) bukan perkara yang buruk. Jika kita ingin melakukan perniagaan, kita juga akan berhutang kalau tidak maka tiada wujudnya bank. Berhutang juga akan meningkatkan perkembangan ekonomi.

Apa yang penting ialah untuk hutang diuruskan dengan baik. Sejak tahun 1998, kita dalam keadaan defisit tapi Malaysia tidak pernah gagal dalam memenuhi janji. Maknanya pembuatan balik hutang kita adalah bagus,”

ujar beliau lagi

Tok Pa menambah bahawa Jawatankuasa telah mengeluarkan 8 pengesyoran dalam laporan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan persekutuan.

Antara syor tersebut adalah meletakkan kadar siling hutang negara, memantau radio kewangan dengan lebih terperinci seperti defisit dan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan juga membuat perbandingan negara negara-negaea lain.

“Jawatankuasa ini merupakan reformasi daripada kerajaan sebagai semak dan imbang. Kami juga mencadangkan untuk laporan ini dibentangkan di dewan Rakyat supaya rakyat boleh tahu kandungannya”.

“Kami juga mencadangkan untuk meletakkan kadar siling untuk hutang negara kerana tiada lagi setakat ni. Ini merupakan kaedah tadbir urus yang baik kerana tanpanya, hutang akan kian meningkat.”

Beliau berkata antara ratio yang perlu dipantau adalah kadar pembayaran hutang

“Kita membayar 13.1% faedah hutang yang pada pendapat kami adalah terlalu tinggi. Laporan ini tidak mengatakannya, tapi kami percaya yang angka tersebut adalah tidak tepat. Kami tidak tahu akan angka yang sebenar jadi kerajaan persekutuan haruslah mengkajinya”

Jawatankuasa tersebut telah membentangkan bahawa hutang dan liabiliti negara pada tahun 2018 adalah RM1.09 trillion.

Tok Pa berkata bahawa hutang negara pada akhir tahun 2018 adalah RM741 bilion, peningkatan sebanyak RM54.2 billion daripada tahun 2017.

Oleh: Yahya Imran

Sumber
Debt not a bane, all countries have debt, says Bersatu lawmaker
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker