Polisi

Hubungan Rakyat Malaysia dengan Kenderaan

Tidaklah melampau untuk menjulang imej Perodua atas pengaruh pengeluar ini kepada industri tempatan. Bak kata pepatah, when Perodua speaks, the country listens. Setiap kali Perodua mengumumkan produk baharu, ramai yang menunjukkan minat positif. Berkat usaha berdekad-dekad telah memberikan Perodua anjakan besar dalam hati rakyat, dimana keluaran Myvi terbaru khabarnya menarik peminat-peminat Honda Jazz.

Dan pengubahsuaian (facelifting) Axia yang dilancarkan pada bulan September didapati merupakan punca utama di sebalik lonjakan jualan Oktober. Malah jualan yang meningkat ini melebarkan keuntungan bersih MBM Resources Bhd sebanyak 46%. Gandingan Aruz, Axia dan Myvi sangatlah menjadi sehingga kumpulan syarikat mendapat keuntungan 70% lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Dalam bulan Oktober, prestasi baik Perodua disumbangkan sekali dengan tawaran hujung tahun yang menarik daripada syarikat lain menyaksikan pertambahan 53,870 unit kenderaan di jalan raya Malaysia. Bermakna jualan kenderaan meningkat 20.61%.

Inilah masalah yang didepani kerajaan Malaysia sejak pentadbiran Najib Razak lagi. Infrastruktur Malaysia yang semakin pesat ini melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai kebergantungan tinggi pada kenderaan. Sokongan kenderaan awam hanya laris di bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sebagai contohnya. Namun di bahagian separa-bandar (suburban) dan luar bandar, manfaat ekonomi dan defisit sosial memberikan keutamaan kepada kenderaan.

Masalah ini berbangkit oleh kerana dasar-dasar perumahan yang kurang efisyen. Dalam bahasa ekonomi, simtom kronik yang melandai Malaysia dinamakan “suburban sprawl” dimana sebuah masyarakat berkelompok secara paksa tanpa menepati piawaian pembangunan awam semulajadi. Proses urbanisasi telah mendirikan kemajuan di luar bandaraya yang mana sebelum ini masyarakat boleh memperolehi bahan-bahan asas kehidupan secara berjalan kaki sahaja.

Namun kebergantungan rakyat kepada kenderaan mula bertambah apabila projek perumahan dibangunkan tanpa kemudahan asas. Disebabkan itu rakyat memerlukan kereta untuk misalnya mengeluarkan wang dan membeli barangan, belum lagi dikira dengan pergi balik kerja.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker