Ad
Komentar
Trending

HSR & Negara Berpendapatan Tinggi

apa pentingnya keretapi laju HSR KL-SG ini kepada Malaysia?

  1. Projek keretapi laju / High Speed Rail (HSR) KL -SG bukanlah projek mega semata-mata ataupun projek mengkayakan kroni.
  2. Di seluruh dunia, banyak negara sedang membangunkan sistem keretapi laju seperti di Timur Tengah, India, US, Eropah dan paling pesat di China.
  3. Malah keretapi laju ni juga sebenarnya agak ketinggalan berbanding teknologi hyperloop yang sedang dibangunkan syarikat seperti SpaceX dan Virgin.
  4. Jadi, apa pentingnya keretapi laju HSR KL-SG ini kepada Malaysia?
  5. Pertama sekali, perlu faham kita hendak menuju status negara maju berpendapatan tinggi. Untuk mencapai status ini, kita sangat memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  6. Sekarang ini, negara kita dikenali dengan status “mid-level financial service”, dan kita perlu meningkatkan taraf kepada “high-end financial service” seperti negara Singapura.
  7. Kita perlu beralih kepada negara “high-end services” dan negara berpendapatan tinggi kerana ia antara jalan terbaik keluar dari “middle-income trap” sekarang.
  8. Oleh itu, TRX dibina sebagai hub ekonomi serantau untuk bukan sahaja menyaingi Singapura, tetapi menjadi persis Hong Kong yang merupakan gergasi penyedia perkhidmatan kewangan dunia.
  9. Untuk merealisasikan visi ini, HSR lah kuncinya untuk menghubungkan pasaran tenaga kerja berkemahiran tinggi antara Singapura dan Kuala Lumpur.
  10. Ia juga memberi kemudahan untuk mana-mana syarikat besar untuk memindahkan operasi ke Kuala Lumpur apabila tenaga kerja mudah bergerak antara dua hub kewangan ini.
  11. Tahukah anda, laluan penerbangan KL-Singapura adalah yang tersibuk di dunia.
  12. Bayangkan jika ada HSR, jauh lebih banyak tenaga kerja/pelancong boleh bergerak di antara dua bandar besar ini dan menjana ekonomi.
  13. Ini tidak dikira lagi pembangunan ekonomi setempat di sepanjang jajaran laluan keretapi laju seperti mana Shinkansen di Jepun membangunkan/menghubungkan bandar-bandar di sepanjang laluannya.
  14. Tapi sekarang, kita nampaknya tidak habis berpolitik apabila HSR ke SG dibatalkan dan sejujurnya tidak nampak apa kelebihan jika benar projek keretapi HSR ditukar kepada teknologi keretapi ETS biasa hanya sampai ke Johor dengan kos yang tak banyak berbeza berbanding HSR.
  15. Malaysia akan membayar gantirugi sekurang-kurangnya RM310 juta kepada Singapura. Kos HSR-JB (RM 63-65 Billion) juga tak banyak berbeza berbanding RM 60-68 Billion untuk projek asal HSR- SG.
  16. Ini tidak dikira lagi “collateral damage” seperti kesan kepada projek pembangunan bandar Malaysia yang sepatutnya berpotensi nilainya sebanyak RM140 Billion.
  17. Jadi melihatkan perkara ini, sebenarnya tidak peliklah jika pelabur-pelabur asing mula beralih angin ke negara serantau yang lain.

 

Via
The StarBloomberg

Related Articles

Back to top button