Kolumnis

Harga Saham FGV Telah Jatuh Merundum Sebelum Naik Semula 100%

Harga saham FGV pada 14 Mei 2018 berada pada harga RM 1.83 untuk satu unit saham dan telah jatuh merundum sehingga RM 0.635 untuk satu unit saham pada 10 Disember 2018. Kejatuhan ini mencatatkan perubahan lebih kurang 188%. Selepas itu, harga saham FGV mencatatkan peningkatan lebih kurang 100% seperti yang diumumkan oleh YB Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Secara kasarnya, kejatuhan saham FGV melebihi peningkatan selepas PRU ke-14. Lebih memeritkan lagi, FGV tidak mampu memberikan apa-apa dividen kepada pelabur mereka pada tahun 2018. FGV pula dimiliki oleh FELDA sebanyak 33.66%.

Peneroka FELDA telah membeli saham FGV sebanyak 800 unit saham dengan harga lebih kurang RM 3,640 (RM 4.55/unit) semasa FGV disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Sebanyak 112,635 peneroka FELDA telah membeli saham FGV ketika ianya disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada tahun 2012. Semua saham FGV yang dibeli oleh peneroka akan diletakkan di bawah pegangan Koperasi Permodalan Felda (KPF). Pegangan KPF dalam FELDA adalah sebanyak 5.24%.

Kejatuhan harga saham FGV berpunca daripada penurunan harga minyak sawit mentah (CPO) selepas PRU ke-14. Dalam masa yang sama, FGV mencatatkan kemerosotan pendapatan dengan kerugian yang amat besar iaitu sebanyak RM 1.08 billion pada akhir tahun 2018. Maka dengan itu, FGV tidak mampu membayar dividen kepada peneroka-peneroka FELDA pada tahun tersebut seperti yang tertera dalam polisi dividen mereka yang mengagihkan dividen lebih kurang 50% daripada keuntungan yang dijana.

Jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya, FGV tidak pernah gagal membayar dividen kepada pelabur-pelabur mereka yang majoritinya ialah peneroka FELDA sendiri. Untuk rekod dividen tahun-tahun yang sebelumnya adalah seperti berikut;

2012 – 14 sen

2013 – 16 sen

2014 – 10 sen

2015 – 4 sen

2017 – 1 sen

2017 – 5 sen

2018 – tiada dividen

Peneroka bukan rugi dalam bentuk nilai saham sahaja, namun mereka juga gagal memperolehi keuntungan tahunan mereka melalui dividen yang sepatutnya diberi oleh FGV. Begitu juga dengan keuntungan yang dicatatkan oleh FELDA dalam tahun-tahun yang sebelumnya. Pada tahun 2018 pula, FGV mencatatkan kerugian sebanyak RM 1.08 billion.

Peneroka FELDA bukan sahaja mengalami kerugian daripada hasil tuaian kelapa sawit mereka. Namun, mereka juga mengalami kerugian apabila FGV tidak mampu memberikan apa-apa dividen kepada mereka. Harga Minyak Sawit Mentah (CPO)  dan Buah Tandan Segar (BTS) telah jatuh dengan teruknya selepas PRU 14. Ini merupakan kesan yang berganda kepada peneroka FELDA apabila mereka kurang memperolehi pendapatan dalam bentuk pelaburan dan kerja harian mereka.

Tentu sekali, mereka ini merupakan mangsa yang amat terkesan apabila dividen FGV dan hasil minyak sawit tidak mampu memberikan keuntungan  untuk menyara kehidupan harian mereka.

Jika dibandingkan dengan Sime Darby Plantations, syarikat ini mampu memberikan dividen sebanyak 1.7 sen pada tahun 2018. Keuntungan yang diperolehi oleh Sime Darby Plantation adalah sebanyak RM 243 juta. Walaupun harga saham syarikat ini mencatatkan kemerosatan. Namun, syarikat ini mampu memberikan dividen kepada pelabur mereka yang majoritinya dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak 66.7%.

Prestasi kewangan antara dua syarikat ini sangat berbeza. Kedua-dua syarikat ini mencatatkan kemerosotan harga saham yang mana faktor utamanya adalah penurunan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan Buah Tandan Segar (FGV). Tetapi, Sime Darby Plantations masih mampu membayar dividen kepada pelabur mereka dan berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun 2018.

Kesimpulannya, harga saham FGV menurun lebih besar jika dibandingkan dengan peningkatan. Dalam masa yang sama, FGV tidak mampu membayar dividen kepada pelabur mereka yang majoriti besarnya terdiri daripada peneroka FELDA sendiri. FGV juga tidak mampu mencatatkan keuntungan pada tahun 2018. Berbeza pula dengan Sime Darby Plantations yang masih mampu mencatatkan keuntungan dan membayar dividen kepada pelabur mereka.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain
Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker