Isu Semasa

Harga Rumah Dijangka Naik 15%-20% Ekoran Kenaikan Harga Simen

Dalam minggu ini dilaporkan bahawa harga simen dalam pasaran telah meningkat sekitar 40% – 50%. Kenaikan mendadak ini bukan sahaja memberi kesan kepada kontraktor awam dan swasta malah akan turut membebankan rakyat.

Portal Edgeprop.my memetik beberapa pemain industri yang tidak didedahkan namanya, yang mendakwa mereka menerima pekeliling daripada syarikat simen tempatan yang memaklumkan untuk menaikkan harga simen dan konkrit campur menjelang pertengahan Jun.

Notis kenaikan harga simen

Laporan tersebut turut menyatakan bahawa jika ada satu pihak dalam industri tersebut menaikkan harga, maka pengeluar yang lain akan turut menaikkan harga.

Sesetengah pihak menyatakan kenaikan ini berpunca daripada kuasa monopoli ke atas pasaran simen di Malaysia.  Lebih kurang 85% daripada bekalan simen datang daripada satu syarikat pembekal sahaja.

Tambahan lagi YTL Cement baru sahaja mengambil alih 77% saham syarikat Lafarge Malaysia yang merupakan pengeluar simen terbesar di negara ini. Sekiranya benar kenaikan ini berpunca daripada kuasa monopoli kerajaan seharusnya mengambil tindakan segera.

Menurut Menteri KPDNKK, Saifudin Nasution, kementerian boleh menyiasat pihak industri di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sekiranya mereka mengaut keuntungan yang tidak munasabah.

Selain itu, bahan-bahan yang digunakan bagi membuat simen diperolehi daripada dalam negara sahaja. Jadi tiada sebab yang kukuh bagi kenaikan ini.

Bagaimana pula kesannya kepada harga rumah?

Harga rumah dijangka akan meningkat sekitar 15% – 20% berdasarkan kenyataan daripada Datuk Dr Ooi Eng Hock, Persatuan Pengilang-pengilang Malaysia Penang. Harga simen yang dijual sekitar RM9-RM12 bagi pek 50kg sebelum ini bakal meningkat kepada RM16. Siapakah yang menyerap kos kenaikan ini, pengguna atau pemaju?

Adakah harga rumah akan terus meningkat secara mendadak dalam keadaan pasaran hartanah yang kurang memberangsangkan ketika ini? Sudahlah harga rumah kebanyakan di luar kemampuan, kini timbul pula isu kenaikan harga rumah secara mendadak.

Seterusnya, kenaikan ini juga bakal membebankan kerajaan. Kontraktor Bumiputera umumnya bergantung pada kontrak berharga tetap kerajaan bagi membina sekolah, hospital, klinik kesihatan, balai polis serta balai bomba.

Kenaikan harga simen ini akan memberi kesan kepada margin kontraktor yang kecil lalu akan menyebabkan berlakunya penangguhan projek.

Sumber
Kenaikan harga simen akan beban projek kerajaan, kata kontraktorCement makers: Prices in Peninsular Malaysia have reached an unsustainable levelBusinesses raise concern over 40% hike in cement prices Read more at https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/06/17/businesses-raise-concern-over-40-hike-in-cement-pricesKerajaan teliti kenaikan harga simen
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Artikel Lain

Close
Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker