Ad
Berita

Halim Saad dan Wong Pula Ingin Melamar PLUS

Dalam pembentangan belanjawan baru-baru ini, kerajaan ada mengumumkan bahawa rakyat bakal menikmati diskaun sebanyak 18% secara purata di semua lebuhraya milik PLUS. Tak ada angin tak ada ribut, tiba umumkan diskaun tol.

Mana datangnya diskaun ni?

Sebelum pembentangan belanjawan lagi sudah ada beberapa pihak berkepentingan ingin melamar untuk membeli pegangan dalam PLUS.

Ad

Antaranya adalah :

  • Tan Sri Halim Saad
  • Maju Holdings Sdn Bhd (Tan Sri Abu Sahid Mohamed)
  • RRJ Capital yang menawarkan pembelian pada nilai RM3.5 bilion
  • Widad Group Bhd (Tan Seri Muhammad Ikmal Opat Abdullalh) menawarkan pembelian pada nilai RM3 bilion
  • Dan terkini Tan Sri Halim Saad bersama Wong Gian Kui menawarkan pembelian pada nilai RM5.2 bilion

Apa maksudnya ni ?

Masakan pokok bergoyang tanpa angin yang bertiup. Penawaran pembelian boleh berlaku jika memang ada permintaan dari pihak kerajaan. Dan ini secara jelas telah ditunjukkan dalam pembentang belanjawan baru-baru ini.

Ya, sekali lagi aset kerajaan yang bernilai untuk jangka masa panjang ini bakal akan menuruti nasib yang sama seperti aset-aset lain yang sudah terjual.

Punca kenaikan tol dan penjualan tol adalah orang yang sama. Sendiri buat masalah, orang yang sama juga tambah masalah.

Baca artikel : Sejarah Lebuhraya Tol PLUS

Selain itu, jemaah Menteri juga telah meluluskan pengambilalihan empat lebuh raya Lembah Klang iaitu Lebuh Raya Shah Alam (KESAS), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP), Lebuh Raya Sprint (SPRINT) dan Terowong SMART (SMART).

Dalam pada itu, kerajaan akan menetapkan pengenalan caj kesesakan di mana caj kesesakan pada waktu sekitar puncak dan waktu biasa diturunkan sehingga 30 peratus berbanding dengan kadar tol semasa serta percuma semasa waktu bukan puncak.

Menurut YB Menteri Kewangan, pengambilalihan lebuh raya ini tidak akan membebankan Kerajaan kerana kos pembiayaan, operasi dan penyelenggaraan akan dibiayai sepenuhnya melalui kutipan tol dan caj kesesakan tanpa memerlukan peruntukan daripada Kerajaan pada masa hadapan.

Pada Jun 2019, kerajaan memang ada umumkan perancangan untuk mengambil alih keempat-empat lebuhraya ini pada nilai berikut :

  • KESAS: RM 1.377 billion
  • LDP: RM 2.47 billion
  • SPRINT: RM 1.984 billion
  • SMART Tunnel: RM 369 juta

Ketika itu juga kerajaan bercadang tidak mengenakan kadar tol kadar tol pada 11.00 malam sehingga 5 pagi. Selebihnya, diskaun 30% akan diberikan kepada pengguna tol yang terlibat. Tindakan ini akan dapat meringankan beban rakyat yang hidup di bandar.

Bagaimana kerajaan boleh mengatakan pengambil alihan tol-tol ini tidak membebankan kerajaan kerana kos sepenuhnya ditanggung daripada pengutipan tol yang bakal dikurangkan ? Mungkinkah akan wujudnya satu bon (hutang) baru untuk ambil alih tol-tol ini? Adakah kerajaan sudah termakan dengan kata dan janji manis dalam manifesto pilihanraya yang lepas?

Anda boleh baca artikel dibawah ini untuk tahu lebih lanjut.

Baca artikel : Kos Pengambialihan Konsesi Tol Lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART Tunnel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

Back to top button