Berita

Golongan Belia Malaysia Letak Harapan Tinggi Pada Sistem Politik Tetapi Gusar Dengan Keadaan Ekonomi

2019 ASEAN Youth Survey oleh REDHILL menunjukkan rakyat Malaysia menilai tinggi keberkesanan sistem politik tetapi bimbang dengan kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2019 – Golongan belia Malaysia yakin akan kedudukan politik negara terutamanya dari segi ekosistem. Menurut hasil 2019 ASEAN Youth Survey (Kaji Selidik Belia ASEAN 2019) oleh REDHILL, 77% responden percaya bahawa suara golongan belia adalah sangat penting manakala 84% responden berasa teruja untuk membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Edisi sulung 2019 ASEAN Youth Survey oleh REDHILL bertujuan untuk menganalisis peranan anak muda di Asia Tenggara sebagai pemacu perubahan ekonomi, budaya, sosial dan politik. Kajian itu bertujuan untuk mengambil gambaran tentang aspirasi belia terhadap politik, ekonomi, keselamatan peribadi, pendidikan, pilihan kehidupan dan penggunaan media sosial – semuanya melalui pandangan hampir 2,000 golongan muda di tujuh negara ASEAN, yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Walaupun terdapat banyak sentimen yang optimis terhadap sistem politik, masih ramai yang kurang yakin terhadap kewakilannya; di mana hanya kurang separuh daripada mereka yang menjawab bahawa mereka yakin akan sifat politik yang inklusif dan kemudahan mobilisasi politik di negara ini. Walau bagaimanapun, 60% responden berpendapat bahawa sistem politik di Malaysia adalah stabil, namun tidak dipersetujui oleh yang lain.

Di peringkat ekonomi, golongan belia Malaysia secara umumnya bimbang akan kos sara hidup dalam jangka masa pendek. Sebanyak 41% responden mengatakan bahawa harga barangan keperluan telah meningkat menjadi terlalu tinggi, sementara ada antara mereka yang menganggap bahawa sesekali mereka mampu untuk merasa kemewahan manakala masih ada antara mereka yang tidak mampu.

Tidak mengejutkan apabila golongan belia Malaysia menyatakan bahawa kebimbangan utama mereka dalam bidang kerjaya adalah jumlah gaji (34%); di mana mereka berpendapat bahawa rakyat Malaysia memerlukan pendapatan bersesuaian dengan keadaan semasa, terutamanya apabila hanya 37% responden yang merasakan secara keseluruhannya, ekonomi berada dalam keadaan baik dan bilangan responden yang sama percaya ia akan meningkat pada tahun hadapan.

Dari segi pengambilan pekerja, kebanyakan rakyat Malaysia (41%) melaporkan bahawa kerjaya mereka sekarang adalah bukan pilihan mereka. Meskipun begitu, kebanyakan responden (73%) berpeluang mendapat pekerjaan lebih baik dengan pendidikan mereka.

Kebanyakan daripada mereka juga merasakan bahawa kemudahan untuk mendapatkan pendidikan adalah positif dengan 57% responden beranggapan bahawa tidak sukar untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tinggi. Namun, apa yang sukar bagi mereka adalah untuk mendapatkan pendidikan yang mereka mahukan di mana 60% responden memaklumkan bahawa ia melebihi kemampuan kewangan mereka.

Bagi penggunaan media, belia Malaysia lebih cenderung kepada saluran dalam talian. 84% daripada mereka mengatakan bahawa mereka mendapat berita daripada media sosial dan beberapa sumber dalam talian yang lain, dengan hampir 60% responden mengatakan bahawa Facebook adalah platform yang paling dipercayai untuk mendapatkan berita. Menariknya, kurang daripada separuh (48%) daripada mereka yakin bahawa mereka dapat membezakan antara berita fakta dan pendapat.

Di peringkat serantau, belia ASEAN menilai Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamed paling tinggi pada 43% undi jika dibandingkan dengan semua negara pemimpin serantau – termasuk di tempat kedua, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, yang mendapat 31%.

Meletakkan Malaysia dalam konteks serantau, keprihatinan kestabilan politik adalah jelas dalam kuantiti yang besar, mengikuti trend oleh responden di negara ASEAN lain (kecuali Singapura). Walaupun ada harapan bahawa ekonomi akan bertambah baik dalam jangka panjang, prospek jangka pendek terus menjadi kebimbangan orang ramai.

“Penemuan kaji selidik mencadangkan bahawa belia ASEAN – membesar dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat, politik yang berubah-ubah dan pendedahan yang lebih besar kepada dunia melalui media dalam talian – mencari keseimbangan dan kestabilan dalam kehidupan mereka,” kata Jacob Puthenparambil, Partner di REDHILL.

“Bagaimanapun, ini tidak bermakna mereka mahu mengambil peranan di bahagian belakang. Sebaliknya, kita melihat mereka mempunyai semangat untuk mencari perubahan dengan memainkan peranan yang lebih besar dalam hala tuju negara bagi mewujudkan masyarakat yang mampan dan inklusif.”

Dapatan dari kajiselidik (Bahasa Inggeris) Redhill 2019 ASEAN YOUTH SURVEY ini boleh dimuat turun DI SINI.

Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker