Polisi

GoJek, Wajarkah Diperkenalkan Dengan Rekod Kemalangan Yang Tinggi?

Wajar ke perjudikan nyawa rakyat Malaysia demi memasukkan applikasi Gojek dari luar negara.

Kes kematian yang melibatkan kemalangan jalanraya terutamanya untuk kategori motosikal tak pernah susut daripada angka 4,000 kes setiap tahun daripada tahun 2009 sampai 2018.

Kes kematian tertinggi yang melibatkan pengguna motosikal di jalanraya adalah pada tahun 2016 dengan kematian sebanyak 4,485. Paling terendah pula adalah pada tahun 2009 dengan jumlah sebanyak 4,067.

Parti pemerintah kerajaan terdahulu memutuskan supaya dego ride tidak diteruskan atas faktor keselamatan jalanraya.

Persoalan yang sama juga perlu ditanya kepada kerajaan sekarang. Adakah jumlah kematian jalanraya mencatatkan penurunan mendadak? Hakikatnya, jumlah kematian jalanraya yang melibatkan motosikal masih belum menunjukkan penurunan di bawah angka 4,000.

Utamakan keselamatan dulu sebelum menawarkan apa-apa pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Kehilangan nyawa adalah kerugian besar pada negara.

Kesimpulan yang boleh ditimbulkan. Keselamatan fizikal jalanraya dan mentaliti pemanduan rakyat Malaysia masih belum cukup untuk menurunkan kadar kematian jalanraya.

Sumber
Jabatan Keselamatan Jalan Raya. (2019). Buku Statistik Keselamatan Jalan Raya Kemaskini 17.05.2019
Selanjutnya...

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker